Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

2023 bakal jadi tahun terpanas

Oct 05, 2023 | 05:08 PM



BRUSSELS: Tahun 2023 tampak bakal menjadi tahun terpanas dengan suhu purata sejagat setakat ini adalah 0.52 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah pada Khamis.


Suhu sejagat bagi Januari hingga September adalah 1.4 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata zaman praindustri dari 1850 hingga 1900, tambah institut itu, kerana perubahan iklim mendorong suhu sejagat kepada rekod baru dan corak cuaca jangka pendek turut mendorong pergerakan suhu.

September didapati paling panas dalam rekod di seluruh dunia, dengan 0.93 darjah Celsius melebihi suhu purata untuk bulan itu antara 1991 dengan 2020.

Saintis berkata perubahan iklim digabungkan dengan kemunculan corak cuaca El Nino 2023, yang memanaskan perairan permukaan di timur dan tengah Lautan Pasifik, telah mencetuskan suhu yang memecahkan rekod baru-baru ini.

“Suhu pada September yang tidak pernah berlaku sebelum ini – berikutan musim panas melampau – telah memecahkan rekod pada kadar luar biasa,” ujar pengarah C3S, Encik Carlo Buontempo, dalam satu kenyataan.

“Bulan yang panas melampau ini bakal menempatkan 2023 sebagai tahun paling panas dengan sekitar 1.4 darjah Celsius melebihi suhu purata zaman praindustri,” kata Timbalan Pengarah C3S, Cik Samantha Burgess. 

Suhu 2022 bukanlah rekod, walaupun dunia mengalami suhu 1.2 darjah Celsius lebih panas daripada zaman praindustri. Rekod sebelumnya ialah pada 2016 dan 2020 apabila suhu purata 1.25 darjah Celsius lebih tinggi.

Suhu purata permukaan laut pada September mencecah 20.92 darjah Celsius, rekod tertinggi pada September dan kedua tertinggi selepas Ogos 2023, kata C3S.

Analisis yang dijalankan badan itu berdasarkan berbilion-bilion ukuran dari satelit, kapal, pesawat dan stesen cuaca.

Paras ais laut Antartika kekal pada paras rekod rendah masa ini, manakala paras ais Laut Artik ialah 18 peratus di bawah purata. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >