Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

29 penduduk Gaza terbunuh ketika tunggu bantuan

Mar 15, 2024 | 12:43 PM



KAHIRAH/GAZA: Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan dalam dua serangan berasingan Israel di Jaluran Gaza pada 14 Mac, kata Kementerian Kesihatan Gaza.


Dalam kejadian pertama, lapan orang terbunuh dalam serangan udara ke atas pusat pengedaran bantuan di kem Al-Nuseirat di tengah Gaza.

Kemudian, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dan lebih 150 cedera akibat tembakan Israel ke arah orang ramai yang menunggu trak bantuan di bulatan utara Gaza.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel menafikan menyerang pusat pengagihan bantuan, menyifatkan laporan itu sebagai “palsu”.

“Sedang IDF (Angkatan Pertahanan Israel) menilai kejadian itu dengan ketelitian yang sepatutnya, kami menggesa media supaya melakukan perkara yang sama dan hanya bergantung pada maklumat yang boleh dipercayai,” kata kenyataan itu.

Perang berterusan Israel ke atas Gaza menyebabkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk di wilayah itu hidup berpindah-randah.

Keadaan huru-hara dan insiden maut berlaku semasa pengagihan bantuan ketika penduduk yang sangat kelaparan berebut-rebut untuk mendapatkan makanan.

Pada 29 Februari, pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata tentera Israel menembak mati lebih 100 rakyat Palestin ketika mereka menunggu penghantaran bantuan berhampiran Bandar Gaza.

Israel mendakwa mangsa yang maut itu dipijak atau dilanggar.

Di Deir Al-Balah, di tengah Gaza, peluru berpandu Israel membunuh sembilan orang yang berada dalam sebuah rumah, kata pakar perubatan Palestin.

Penduduk berkata pengeboman udara dan darat Israel berterusan semalaman di seluruh kawasan itu, termasuk Rafah, di selatan Gaza, yang menempatkan lebih sejuta orang yang mencari perlindungan.

Peperangan meletus apabila Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan menawan sekitar 240 tebusan.

Israel membalas dengan serangan udara, laut dan darat berterusan hingga kini ke atas Gaza yang, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, membunuh lebih 31,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 71,500 sejauh ini.

Dengan perang kini memasuki bulan keenam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 576,000 orang di Gaza kini di ambang kebuluran kecuali Israel membenarkan masuk lebih banyak bantuan kemanusiaan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >