Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

3 disiasat rasuah peroleh bekalan alat pelindung Covid-19

Jan 11, 2024 | 03:13 PM



JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) mengumumkan pada 10 Januari, bahawa ia sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam perolehan kelengkapan perlindungan diri (PPE) pemerintah, semasa pandemik Covid-19.


Pemerintah telah memperuntukkan belanjawan 3 trilion rupiah ($192.8 juta) untuk perolehan oleh Kementerian Kesihatan, pada tahun fiskal 2020-22.

Jurucakap KPK, Encik Ali Fikri, berkata tiga saksi telah disoal siasat oleh suruhanjaya itu pada 10 Januari, sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Mereka termasuk Pegawai Kementerian Kesihatan, Encik Budy Silvana; ketua jabatan kewangan Agensi Tebatan Bencana Negara (BNPB), Encik Tavip Joko, dan peguam Laksamana Herdi Pratama.

“Ketiga-tiga saksi itu dilucutkan jawatan kerana mengetahui tentang pembayaran yang dibuat semasa perolehan PPE di Kementerian Kesihatan,” kata jurucakap itu.

Suruhanjaya itu telah mengenal pasti beberapa suspek, tetapi Encik Ali enggan mendedahkan identiti mereka, sementara menunggu kesimpulan siasatan awal.

Skandal rasuah itu didakwa menelan belanja negara ratusan bilion rupiah.

Pada Disember 2020, Indonesia digemparkan dengan skandal rasuah berkaitan bekalan bantuan Covid-19 di negara itu.

KPK ketika itu menahan Menteri Hal Ehwal Sosial, Juliari P Batubara, untuk membantu siasatan kes tersebut yang melibatkan sebuah syarikat swasta yang didakwa mendapat kontrak daripada kementerian beliau berhubung pakej bantuan untuk mangsa terjejas pandemik itu.

Penahanan Juliari berlaku sehari selepas KPK menggagalkan cubaan dua individu ‘AIM’ dan ‘HS’ untuk memberikan wang suapan dalam nilai rupiah, dolar Amerika Syarikat dan dolar Singapura berjumlah 14.5 bilion rupiah kepada beliau dan dua pegawai tinggi kementerian terbabit dikenali sebagai ‘MJS’ serta ‘AW’.

KPK menamakan Juliari yang merupakan anggota Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) sebagai suspek sekali gus menteri kedua di bawah pentadbiran penggal kedua Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo atau Jokowi yang terlibat kes rasuah.

Juliari boleh dikenakan hukuman mati atas tuduhan rasuah yang akan didakwa ke atasnya kerana menerima suapan melibatkan peruntukan bantuan rakyat terjejas Covid-19, lapor media di republik. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >