Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes rasuah: Bekas menteri komunikasi Indonesia dijel 15 tahun

Nov 09, 2023 | 04:04 PM



JAKARTA: Seorang bekas menteri komunikasi Indonesia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun selepas didapati bersalah melakukan rasuah dalam kes yang menyebabkan negara itu kerugian lebih AS$500 juta ($679 juta).


Mahkamah antirasuah Indonesia mendapati bekas Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny G. Plate, bersalah kerana menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kekayaan daripada projek telekomunikasi.

“Defendan didapati bersalah secara meyakinkan melakukan rasuah bersama-sama orang lain dan (mahkamah) menjatuhi hukuman penjara 15 tahun kepada defendan,” kata Hakim Fahzal Hendri pada Rabu.

Mahkamah juga memerintahkan Johnny, 67 tahun, membayar denda satu bilion rupiah Indonesia atau menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan.

Johnny ditahan pada Mei lalu ekoran pembabitannya dalam projek yang bertujuan menyediakan akses Internet 4G.

Perbicaraan kes rasuah itu berhubung projek pemerintah yang bertujuan membangunkan prasarana Internet 4G meliputi kira-kira 7,900 kampung terpencil, dimulakan Agensi Kebolehcapaian Maklumat dan Telekomunikasi (Bakti) Kementerian Perhubungan dan Penerangan Indonesia.

Pejabat Peguam Negara (AGO) berkata penyelewengan dalam projek itu mengakibatkan kerugian keseluruhan sebanyak 8.03 trilion rupiah.

Kes itu bermula selepas AGO mengesan beberapa perkara mencurigakan dalam proses pemerolehan membabitkan syarikat tempatan dan luar negara, dengan sebelum ini menamakan lima suspek lain dalam kes itu, termasuk seorang eksekutif dalam anak syarikat Huawei.

Mahkamah mendapati Johnny bersalah kerana memperoleh habuan 10 bilion rupiah daripada projek itu.

Perbicaraan itu melibatkan lapan defendan, termasuk bekas pegawai tinggi pemerintah dan ahli perniagaan yang didakwa membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan stesen pemancar pangkalan.

Indonesia menahan berpuluh-puluh pegawai awam kerana rasuah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2021, seorang bekas Menteri Hal Ehwal Sosial dipenjarakan selama 12 tahun selepas disabitkan kesalahan menerima rasuah AS$1.2 juta yang dikaitkan dengan bantuan makanan kepada keluarga miskin yang dilanda pandemik Covid-19.

Oktober lalu, Menteri Pertanian Indonesia (Mentan), Encik Syahrul Yasin Limpo, bertemu dengan Presiden Joko Widodo atau Jokowi di Istana Presiden bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya susulan siasatan rasuah yang sedang dijalankan di kementeriannya.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Encik Dito Ariotedjo, pula dituduh menerima rasuah 27 bilion rupiah berkaitan projek prasarana Internet di Kementerian Perhubungan dan Penerangan.

Namun, beliau menafikan tuduhan itu ketika dihadapkan sebagai saksi dalam perbicaraan rasuah pada awal Oktober 2023.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) pada November 2020 menamakan menteri perikanan negara, Encik Edhy Prabowo, sebagai suspek penerima rasuah berkaitan eksport larva udang galah.

Beliau juga didakwa menggunakan wang itu untuk membeli-belah barangan mewah semasa lawatan ke Amerika. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >