Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

38 kementerian, agensi pemerintah pindah ke ibu negara baru Nusantara pada Julai

Apr 18, 2024 | 05:02 PM



JAKARTA: Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia, Encik Abdullah Azwar Anas, mengumumkan bahawa kumpulan pertama 38 kementerian dan institusi akan dipindahkan ke ibu negara masa depan Indonesia, Nusantara, di Kalimantan Timur, mulai Julai.


Antara kementerian dan institusi itu ialah kementerian beliau, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK), dan Pejabat Peguam Negara (AGO).

Menurut Encik Azwar Anas, kementerian dan institusi ini diberi keutamaan berdasarkan peranan penting mereka dalam menyokong prestasi Presiden. Perpindahan awal akan melibatkan 178 pegawai peringkat atasan.

“Kami telah menerima arahan daripada Istana Negara untuk pemindahan secara beransur-ansur, tetapi penjawat awam akan berpindah selepas Ogos, berikutan upacara Hari Kemerdekaan,” kata Encik Azwar Anas dalam satu taklimat media di Bangunan Kementerian Komunikasi dan Informasi di Jakarta pada Rabu 17 April.

Selain mempertimbangkan kepentingannya, beliau menekankan bahawa proses penempatan semula itu juga bergantung pada kesediaan penginapan untuk penjawat awam. Beliau memberi jaminan bahawa banyak bangunan kediaman telah dibina dengan pantas.

Encik Azwar Anas menambah bahawa beberapa menteri, termasuk Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam, Encik Basuki Hadimuljono, dijadualkan berpindah ke Nusantara seawal Julai 2024. Beliau juga berkata rancangan pemindahan diselaraskan dengan ketua setiausaha masing-masing.

“Kami antara yang pertama dalam hal ini,” katanya, sambil menggariskan kementerian yang akan menjadi yang pertama pindah.

Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo berkata pada Mac bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke Nusantara seawal Julai, sementara menunggu infrastruktur penting seperti jalan tol dan lapangan terbang siap. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >