Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

12 kru kapal terbakar di perairan S’pura diselamatkan

Apr 19, 2024 | 11:07 AM
Kapal MT Layar Anggun 8 yang berdaftar di Tanzania terbakar dan hanyut pada kedudukan 5.6 batu nautika tenggara Pulau Lima, Mersing, Johor, sebelum 12 krunya diselamatkan pihak berkuasa Singapura pada 16 April.
Kapal MT Layar Anggun 8 yang berdaftar di Tanzania terbakar dan hanyut pada kedudukan 5.6 batu nautika tenggara Pulau Lima, Mersing, Johor, sebelum 12 krunya diselamatkan pihak berkuasa Singapura pada 16 April. - Foto AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

JOHOR BAHRU: Seramai 12 kru yang menempuh detik cemas selepas kapal maritim mereka yang berdaftar dari Tanzania terbakar dan hanyut di Pulau Lima, Johor, berjaya diselamatkan pihak berkuasa Singapura.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor memaklumkan Kapal Maritim MT Layar Anggun 8 itu dilaporkan terbakar dan hanyut di Pulau Lima pada 16 April lalu.

“Namun, kesemua 12 kru telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, lapor portal berita tempatan Majoriti.

Menurut kenyataan itu, APMM Johor menyedari kejadian berkenaan selepas menerima e-mel daripada pihak Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang, Johor.

Pihak Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kemudiannya mengarahkan sebuah kapal dan bot ronda Maritim Malaysia ke tempat kejadian, namun kapal yang dilaporkan tidak berada di tempat tersebut.

“Sekitar 4.30 petang, MRSC Johor Bahru menerima pengesahan kapal MT Layar Anggun 8 terbabit telah hanyut memasuki perairan Pulau Bintan, Indonesia. Namun, semua 12 kru telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura,” katanya.

Pihak Maritim berkata menurut Manual Search and Rescue (SAR) Kebangsaan, aset yang berada berhampiran sesuatu kecemasan di laut harus memberikan bantuan tanpa mengira sempadan negara.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) telah menerima laporan kejadian lebih awal ekoran kapal yang berada berdekatan kawasan kejadian telah melaporkan kejadian terbabit kepada Vessel Traffic Service (VTS) yang di bawah seliaan MPA Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg