Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 maut selepas kompleks kediaman di Hong Kong terbakar

Nov 26, 2025 | 7:09 PM
kebakaran, Wang Fuk Court, Tai Po, Hong Kong
Jabatan bomba berkata ia menerima laporan pada 2.51 petang, 26 November, mengenai kebakaran yang berlaku di kompleks kediaman Wang Fuk Court, Tai Po, di bahagian utara Hong Kong. - Foto REUTERS

HONG KONG: Empat orang maut selepas satu kebakaran besar meliputi beberapa menara di sebuah kompleks kediaman di daerah Tai Po, Hong Kong, pada 26 November.

Beberapa orang masih terperangkap di dalam bangunan itu, lapor penyiar awam RTHK yang memetik kenyataan polis, dengan dua orang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami luka akibat kebakaran yang teruk.

Beberapa anggota bomba juga dilaporkan cedera ketika cuba memadamkan api marak yang meliputi menara setinggi 31 tingkat itu.

Orang ramai yang berkumpul di jambatan pejalan kaki berhampiran, terkesima melihat asap berkepul-kepul dari bangunan-bangunan yang sebahagian luarnya dipasang perancah daripada buluh.

Menurut saksi, puluhan kereta bomba dan ambulans memenuhi jalan di bawah kompleks tersebut.

Jabatan Perkhidmatan Bomba memberitahu Reuters bahawa mereka masih belum dapat mengesahkan bilangan orang yang mungkin masih berada di dalam bangunan itu.

Jabatan bomba berkata ia menerima laporan pada 2.51 petang mengenai kebakaran yang berlaku di Wang Fuk Court, Tai Po.

Kebakaran itu dinaikkan kepada amaran tahap 4, iaitu yang kedua tertinggi, pada 3.34 petang.

Wang Fuk Court merupakan sebuah kompleks kediaman yang terdiri daripada lapan blok, menyediakan hampir 2,000 unit rumah. 

Beberapa menara mempunyai struktur perancah sementara daripada buluh di bahagian luarnya.

Hong Kong antara negara yang masih menggunakan perancah buluh secara meluas dalam pembinaan.

Jabatan Pengangkutan Hong Kong memaklumkan bahawa akibat kebakaran itu, sebahagian jalan Tai Po – salah satu daripada dua lebuh raya utama di Hong Kong – telah ditutup sepenuhnya dan laluan bas sedang dialihkan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg