Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 terbunuh dalam tembakan di masjid di Oman

Jul 16, 2024 | 2:44 PM
Gambar yang diambil dari video menunjukkan orang ramai melarikan diri dari tempat kejadian tembakan di Masjid Imam Ali di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, timur Muscat, Oman.
Gambar yang diambil dari video menunjukkan orang ramai melarikan diri dari tempat kejadian tembakan di Masjid Imam Ali di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, timur Muscat, Oman. - Foto AFP

MUSCAT: Empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Oman, kata polis Oman pada 16 Julai.

“Polis Diraja Oman telah bertindak balas terhadap kejadian tembakan yang berlaku di sekitar masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir,” menurut kenyataan yang dipetik agensi AFP.

Polis juga memberi angka awal empat terbunuh dan “beberapa lagi” cedera di masjid di timur Muscat itu.

Laporan www.news9live.com menyebut bahawa sekitar 700 anggota jemaah berada di masjid ketika pertempuran dilaporkan berlaku antara anggota polis dengan militan.

Video yang dipaparkan di laman tersebut memaparkan jemaah panik dan berlari menyelamatkan diri selepas mendengar beberapa das tembakan.

Serangan sedemikian jarang berlaku di Oman, yang kerap memainkan peranan sebagai orang tengah dalam konflik serantau.

Kedutaan Amerika Syarikat di Muscat mengeluarkan amaran keselamatan, berikutan kejadian tembakan itu, dan membatalkan semua pengeluaran visa pada 16 Julai.

“Rakyat Amerika Syarikat harus terus berwaspada, memantau berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” tulis kedutaan itu di platform media sosial X.

Rakaman yang disahkan oleh AFP menunjukkan orang ramai melarikan diri berhampiran Masjid Imam Ali, yang menaranya kelihatan dalam rakaman itu. Bunyi tembakan turut kedengaran.

Polis berkata “semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan, telah diambil bagi menangani keadaan”.

“Pihak berkuasa terus mengumpul bukti dan menjalankan siasatan, untuk membongkar keadaan sekitar kejadian itu,” tambah pihak polis. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg