Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

40 lori tangki musnah di serang kumpulan berkaitan al-Qaeda di Mali

Sep 16, 2025 | 12:33 PM
Pemerintah tentera Mali telah mengambil alih kuasa selepas rampasan kuasa pada 2020 dan 2021,
Pemerintah tentera Mali telah mengambil alih kuasa selepas rampasan kuasa pada 2020 dan 2021, - Foto: AFP

BAMAKO, Mali: Sekurang-kurangnya 40 lori tangki bahan api musnah di Mali pada 14 September apabila pemberontak yang ada kaitan dengan kumpulan al-Qaeda telah mengisytiharkan sekatan terhadap import bahan api ke negara itu.

Mereka telah menyerang konvoi lebih 100 kenderaan yang diiring oleh tentera, kata dua sumber pada 15 September.

Selepas kumpulan pemberontak, Jama’at Nusrat al-Islam wal-Muslimin (JNIM), mengumumkan sekatan minggu lalu, sumber yang rapat dengan dewan perniagaan Mali berkata negara itu akan kehabisan bahan api dalam masa dua minggu jika bekalan terputus sepenuhnya.

Seorang pegawai kesatuan lori tangki mengesahkan bahawa sekitar 40 lori tangki bahan api musnah dalam kejadian pada 14 September itu.

Manakala sumber yang rapat dengan JNIM berkata mereka telah memusnahkan 80 lori tangki.

Dalam mesej video, jurucakap kumpulan pemberontak itu memuji serangan yang mereka lakukan di wilayah Kayes di barat negara itu, dan berkata tentera Mali yang mengiringi konvoi tersebut telah melarikan diri daripada tempat kejadian.

Tentera Mali berkata dalam satu kenyataan bahawa ia “mengalami serangan pengganas” semasa misi untuk mengamankan perjalanan orang ramai dan barangan di jalan raya dari Kayes ke Bamako dan telah bertindak “bersungguh-sungguh” untuk menangani serangan tersebut.

Jurucakap tentera tidak menjawab permintaan untuk mengulas lanjut mengenai jumlah lori tangki bahan api yang musnah.

Pemerintah tentera negara itu, yang mengambil alih kuasa selepas rampasan kuasa pada 2020 dan 2021, menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada kumpulan militan yang menurut penganalisis cuba mengepung bandar dan pekan di wilayah Sahel.

Pada September 2024, tentera Mali telah menggagalkan serangan pengganas terhadap sebuah sekolah pelatihan keamanan di ibu kota Bamako di tengah-tengah meningkatnya ketegangan keamanan di negara Afrika Barat itu.

Menurut kenyataan Staf Umum Angkatan Bersenjata Mali, sekumpulan pengganas telah cuba menyusup ke Sekolah Gendarmerie Faladie tetapi tentera segera bertin dak dan berhasil menguasai keadaan.

Beberapa orang maut dan cedera dalam pertempuran antara kumpulan pengganas itu dengan tentera. - Reuters, Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg