Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

41% pesakit ginjal maut sejak perang mula di Palestin, tidak dapat jalani dialisis

Jun 3, 2025 | 4:56 PM
palestin, israel, perang, musnah, pusat dialisis, maut
Serangan tanpa henti Israel menghalang 41 peratus pesakit buah pinggang daripada mendapatkan rawatan dialisis yang penting untuk kelangsungan hidup mereka, menyebabkan mereka maut. - Foto AFP

LONDON: Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza mendedahkan, hampir separuh daripada pesakit buah pinggang di wilayah itu maut sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023.

Serangan berterusan Israel menyusuli gencatan senjata yang gagal pada 2 April lalu pula memusnahkan hampir kesemua hospital, klinik kesihatan dan pusat dialisis, sekali gus menjadi ‘hukuman mati’ bagi pesakit kronik.

Selain itu, sekatan bantuan kemanusiaan dan perubatan selama tiga bulan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza.

Menurut agensi berita Wafa, serangan tanpa henti Israel menghalang 41 peratus pesakit buah pinggang daripada mendapatkan rawatan dialisis yang penting untuk kelangsungan hidup mereka, menyebabkan mereka maut.

Pada Sabtu lalu, pasukan Israel memusnahkan Pusat Dialisis Noura Al-Kaabi di utara Gaza, salah satu daripada hanya beberapa kemudahan khusus yang menyediakan rawatan dialisis kepada 160 pesakit.

Rakaman video yang tular menunjukkan jentera penggali milik tentera Israel merobohkan sepenuhnya bangunan pusat berkenaan, yang sebelum ini hanya mengalami kerosakan tetapi masih boleh beroperasi, di kawasan Beit Lahiya yang musnah teruk akibat perang.

“Pemusnahan pusat ini adalah tamparan hebat kepada sistem kesihatan kami dan mengancam nyawa pesakit buah pinggang yang masih hidup.

“Inilah bencana yang kesannya masih belum mampu kami jangkakan sepenuhnya,” kata sumber perubatan Palestin kepada Wafa, sambil memberi amaran kematian hampir pasti bagi kumpulan pesakit berkenaan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg