4j hilang tempat tinggal akibat konflik AS-Israel-Iran, krisis kemanusiaan kian meruncing
4j hilang tempat tinggal akibat konflik AS-Israel-Iran, krisis kemanusiaan kian meruncing
Mar 27, 2026 | 10:15 AM
4j hilang tempat tinggal akibat konflik AS-Israel-Iran, krisis kemanusiaan kian meruncing
Sebuah keluarga yang kehilangan tempat tinggal duduk di sebelah unggun api di sebuah penempatan sementara, ketika ketegangan antara Israel dan Hezbollah semakin memuncak, dalam konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran yang berterusan, di Beirut, Lebanon, 26 Mac 2026. - Foto REUTERS
TEHERAN: Sekitar empat juta penduduk di Asia Barat kini kehilangan tempat tinggal susulan konflik bersenjata melibatkan Amerika Syarikat dan Israel, sekali gus mencetuskan krisis kemanusiaan yang semakin membimbangkan.
Anggaran terkini menunjukkan kira-kira 3.2 juta rakyat Iran terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing sejak serangan bermula pada 28 Februari, manakala lebih satu juta penduduk di Lubnan turut berdepan nasib sama dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.
Laporan berkaitan
Penduduk Teheran dalam ketakutan, konflik ragut nyawa lebih 1,000 orang Mar 5, 2026 | 1:22 PM
AS-Iran saling ancam musnahkan infrastruktur tenaga dan air Mar 23, 2026 | 3:38 PM

