AS-Iran saling ancam musnahkan infrastruktur tenaga dan air

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS-Iran saling ancam musnahkan infrastruktur tenaga dan air

Mar 23, 2026 | 3:38 PM

AS-Iran saling ancam musnahkan infrastruktur tenaga dan air

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Letupan kelihatan susulan serangan ke atas dron Iran di lokasi yang tidak dinyatakan, menurut Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), dalam tangkapan skrin daripada video edaran yang dikeluarkan pada 22 Mac 2026.
Letupan kelihatan susulan serangan ke atas dron Iran di lokasi yang tidak dinyatakan, menurut Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), dalam tangkapan skrin daripada video edaran yang dikeluarkan pada 22 Mac 2026. - Foto REUTERS

TEHERAN/WASHINGTON: Ancaman terbaharu antara Amerika Syarikat dan Iran untuk menyerang infrastruktur awam penting kini meningkatkan risiko keselamatan kepada jutaan penduduk di Asia Barat, ketika konflik yang memasuki minggu keempat terus menunjukkan tanda-tanda semakin meruncing.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memberi amaran bahawa beliau boleh menyasarkan loji janakuasa Iran sekiranya Teheran gagal membuka semula Selat Hormuz, laluan utama penghantaran minyak dunia.

Bagaimanapun, Iran menolak amaran tersebut dan memberi amaran balas bahawa sebarang serangan ke atas kemudahan tenaga negara itu akan mencetuskan tindakan balas terhadap infrastruktur penting di rantau berkenaan.

Teheran menegaskan bahawa Selat Hormuz akan “ditutup sepenuhnya” sekiranya loji tenaga diserang, selain memberi amaran bahawa kemudahan tenaga di negara yang menempatkan tentera Amerika Syarikat turut boleh menjadi sasaran.

Selain itu, kemudahan penyahgaraman air laut yang menjadi sumber utama bekalan air di banyak negara Teluk juga disebut sebagai antara sasaran berpotensi.

Amaran itu dilkeluarkan ketika letupan dilaporkan kedengaran di beberapa kawasan di Teheran pada awal pagi 23 Mac, menurut media tempatan, ketika Israel mengumumkan gelombang serangan baharu. “Letupan kedengaran di Tehran,” lapor agensi berita Mehr, manakala agensi Fars melaporkan serangan udara menyasarkan sekurang-kurangnya lima kawasan di ibu negara itu.

Tentera Israel dalam kenyataan di media sosial berkata ia telah “memulakan gelombang serangan berskala besar terhadap infrastruktur rejim Iran di Teheran”.

Konflik yang kini memasuki minggu keempat itu telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa di seluruh rantau, kebanyakannya di Iran, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan orang awam.

Jabatan Negara Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran global kepada rakyatnya supaya “meningkatkan tahap berjaga-jaga”, dengan memberi amaran bahawa kumpulan yang menyokong Iran boleh menyasarkan kepentingan Amerika di seluruh dunia.

Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik Mike Waltz, mempertahankan pendirian Washington dengan menyatakan bahawa loji janakuasa Iran merupakan sasaran yang sah. “Presiden tidak akan membenarkan Iran menjadikan bekalan tenaga dunia sebagai tebusan,” katanya.

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, memberi amaran bahawa entiti kewangan yang membeli bon Perbendaharaan Amerika Syarikat juga boleh dianggap sebagai “sasaran sah”. “Kami memantau portfolio anda. Ini amaran terakhir,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Pengawal Revolusi Iran pula menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap sektor elektrik negara akan dibalas dengan menyasarkan loji janakuasa Israel serta kemudahan yang membekalkan tenaga kepada pangkalan tentera Amerika di rantau itu.

“Jika anda menyerang elektrik kami, kami akan menyerang elektrik anda,” menurut kenyataan tersebut.
Walaupun kenyataan awal menyebut kemungkinan serangan terhadap loji penyahgaraman, pihak berkuasa Iran kemudian menafikan hasrat tersebut, menyifatkannya sebagai dakwaan tidak berasas oleh Washington.

Selat Hormuz, yang mengendalikan kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair dunia, kekal menjadi titik tumpuan utama dalam konflik ini. Laluan tersebut pada dasarnya terjejas sejak serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran bermula pada 28 Februari.

Retorik yang semakin keras menunjukkan kedua-dua pihak tidak bersedia untuk berundur, sekali gus meningkatkan risiko konflik lebih luas yang boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global.

Harga minyak mentah global dilaporkan melonjak lebih 50 peratus sejak serangan awal dilancarkan, dengan turun naik harga berterusan sekitar AS$110 (S$141) setong, mencetuskan kebimbangan terhadap inflasi global.

Selain tenaga, gangguan bekalan juga dijangka menjejaskan sektor lain termasuk baja dan pengeluaran makanan, sekali gus memberi kesan rantaian kepada keselamatan makanan global.

Dalam perkembangan ketenteraan, Amerika Syarikat dan Israel terus melancarkan serangan ke atas pelbagai sasaran di Iran, termasuk di sekitar Teheran, manakala Iran meningkatkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan negara Teluk.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan bahawa objektif ketenteraan negaranya adalah untuk “memusnahkan sepenuhnya program nuklear dan peluru berpandu Iran”. Beliau turut menyatakan hasrat untuk mewujudkan keadaan yang membolehkan perubahan kepimpinan di Iran.

Namun, menurut sumber perisikan Barat, rejim Iran masih stabil dengan kepimpinan sedia ada terus mendapat sokongan dalaman.

Setakat ini, lebih 4,000 orang dilaporkan terkorban di seluruh rantau, dengan lebih tiga perempat daripadanya di Iran. Di Lebanon jumlah korban melebihi 1,000 orang, manakala puluhan lagi maut di Israel dan negara Arab. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg