Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

50% penduduk Johor sudah terima dua dos vaksin

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Sebanyak 50 peratus rakyat di Johor sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, kelmarin dan momentum vaksinasi ini perlu diteruskan bagi mencapai imuniti kelompok.



Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pencapaian yang ada setakat ini sangat membanggakan Johor.



"Alhamdulillah, sebanyak 50 peratus penduduk negeri ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin semalam. Ini adalah momentum yang bagus untuk Johor," katanya menerusi akaun Twitter rasminya, semalam.



Datuk Hasni turut berkongsi perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang memaparkan 50 peratus populasi Johor sudah lengkap mendapat dua dos vaksin, manakala 81 peratus penduduk negeri itu sudah mendapat satu dos vaksin, semalam.



Kelmarin, Datuk Hasni dilaporkan berkata, Johor dijangka akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada minggu ini, selepas dijangka menerima 1.9 juta dos vaksin Covid-19.



Datuk Hasni berkata, dengan 1.9 juta dos vaksin itu, Johor menjangka boleh mencapai liputan 100 peratus dos pertama pada hujung bulan ini dan lengkap dua dos pada bulan depan.



Datuk Hasni turut menggesa golongan yang enggan atau belum bersedia menerima vaksin supaya melakukan ujian pengesanan Covid-19 lebih kerap.



Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilapor mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri termasuk Johor ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan depan.



Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibrahim, dilaporkan meminta supaya kadar vaksinasi di Johor dipertingkatkan hingga 70,000 dos sehari berbanding 50,000 dos sehari ketika ini.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebelum ini dilaporkan menzahirkan kekecewaan berhubung kadar vaksinasi di negeri itu yang masih rendah. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >