Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

5,073 polis kena tindakan disiplin, termasuk 440 dibuang kerja

Jul 07, 2023 | 04:55 PM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan disiplin ke atas 5,073 pegawai kanan dan anggota rendah dari 2020 hingga Mei 2023.


Daripada jumlah itu, 479 orang dilucut hak emolumen, 940 dikenakan denda, manakala 2,970 diambil tindakan amaran, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Seri Azri Ahmad.

Seramai 127 orang ditangguhkan pergerakan gaji, 46 diturunkan gaji, sementara 71 pegawai dan anggota diturunkan pangkat, dan 440 dibuang kerja, tambah beliau pada Khamis malam, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Azri berkata demikian dalam pertemuan antara Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bersama ketua pengarang agensi media tempatan dan antarabangsa di Bukit Aman.

Pertemuan itu turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Kamaruddin Md Din; Pengarah Pengurusan Datuk Azmi Abu Kassim; dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Datuk Azri berkata antara tujuh jenis hukuman tatatertib yang dilaksanakan sejak 2020 ialah berbentuk amaran.

“Hukuman ini yang paling banyak dikeluarkan kepada pegawai dan anggota, iaitu pada 2020 membabitkan seramai 857 orang, manakala pada 2021 seramai 913 anggota dikenakan amaran, disusuli 891 anggota (2022) dan akhirnya 309 anggota (Januari-Mei 2023).

“Data ini menunjukkan kita tidak berkompromi dengan pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan dalam tugas,” katanya.

Beliau berkata jika ada tuduhan serius, seperti rasuah dan salah laku, siasatan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, PDRM juga pada masa ini sedang berusaha mengkaji semula tangga gaji pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan utama negara itu.

Isu itu kini pada peringkat perbincangan bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), bagi memperhalusi semula tangga gaji pegawai dan anggota PDRM.

Tan Sri Razarudin berkata perkara itu sedang dikaji semula untuk memperbaiki tahap tangga gaji dalam PDRM, khususnya bagi meningkatkan tahap integriti pasukan.

“Gaji yang diterima anggota berpangkat rendah adalah kecil, selain tidak setimpal dan tidak mampu menampung kos sara hidup, terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar.

“Bagi anggota berpangkat konstabel, contohnya, tangga gaji yang diterima mereka sekitar RM2,000 ($610) termasuk elaun, dan untuk mereka yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah, jumlah ini agak banyak, namun bagi anggota yang tinggal di Kuala Lumpur, dia akan menjadi miskin bandar.

“Tetapi bagi seorang pegawai berpangkat inspektor yang mempunyai gaji sekitar RM4,000 dan bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor, mereka perlu menyewa rumah bersama rakan lain (bukan polis) kerana kos sara hidup yang mahal,” katanya pada sesi pertemuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >