Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua polis negara baru M’sia dilantik

Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara
Jun 22, 2023 | 5:42 PM
PELANTIKAN BARU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen tugas Timbalan Ketua Polis Negara (IGP) antara Tan Sri Razarudin Husain (kiri) kepada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) pada majlis serah terima tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada Khamis. Tan Sri Razarudin dilantik sebagai IGP baharu berkuat kuasa Jumaat, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, yang tamat perkhidmatannya pada Khamis.
PELANTIKAN BARU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen tugas Timbalan Ketua Polis Negara (IGP) antara Tan Sri Razarudin Husain (kiri) kepada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) pada majlis serah terima tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pada Khamis. Tan Sri Razarudin dilantik sebagai IGP baharu berkuat kuasa Jumaat, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, yang tamat perkhidmatannya pada Khamis. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Razarudin Husain dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay masing-masing secara rasmi telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara (IGP) dan Timbalan IGP.

Kedua-dua Tan Sri Razarudin dan Datuk Ayob Khan akan memulakan tugas baru masing-masing pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pelantikan itu telah disetujui oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Abdullah dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri berdasarkan rekomendasi kepada Suruhanjaya Pasukan Polis.

Datuk Saifuddin Nasution berkata Tan Sri Razarudin dilantik sebagai IGP secara kontrak berkuatkuasa 23 Jun 2023 hingga 22 Jun 2025.

“Kerajaan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka atas pelantikan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tan Sri Razarudin, 60 tahun, dilahirkan pada 15 Mac 1963, di Dengkil, Selangor. Sejak memulakan khidmatnya pada 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kedah, sebagai pegawai siasatan, beliau telah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.

Pada 1996, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Muar, dan menyandang jawatan Penolong Superintendan.

Lain-lain jawatan yang pernah disandangnya termasuk Timbalan Komandan Pasukan Bertindak Khas CID bahagian Jenayah Tersusun (Stafoc), Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perak.

Tan Sri Razarudin dilantik sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum menjadi Timbalan IGP pada 2021.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Datuk Ayob Khan, 57 tahun, dilahirkan pada 27 Julai 1966, di Kota Setar, Kedah, telah menyandang pelbagai jawatan berprofil tinggi dalam pasukan polis sejak memulakan kerjayanya pada 1991.

“Bermula di Jabatan Cawangan Khas pada 1993 dengan pangkat Penolong Superintendan dan dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pesuruhjaya dalam masa 15 tahun.

“Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Johor pada 2020 sebelum menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (NCID) pada 2022. Beliau kini melepaskan jawatan Pengarah CID Bukit Aman,” kata Datuk Seri Saifuddin.

Datuk Ayob Khan juga terkenal dalam menangani keganasan, sebagai ketua Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman (E8).

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, yang sekarang selaku IGP, melepaskan jawatannya dalam satu upacara yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis. – The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg