TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 58 mayat tidak dikenali ditemui pada 19 Mei di sebuah hospital di Tripoli yang berada di bawah kawalan militia yang ketuanya terbunuh minggu lalu, kata kementerian dalam negeri.
Mayat ditemui dalam peti sejuk bilik mayat di Hospital Abu Salim di kawasan kejiranan Abu Salim yang padat penduduk, susulan laporan oleh hospital itu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Gambar mayat-mayat dengan nombor yang dikatakan dalam pelbagai keadaan reput.
Beberapa mayat mempunyai kesan dibakar.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti mayat-mayat berkenaan.
“Setakat ini, 23 mayat telah diperiksa dan semua prosedur undang-undang yang diperlukan telah diambil, termasuk mendokumentasikan data dan mengumpul sampel,” kata kementerian itu.
Daerah Abu Salim adalah rumah kepada militia yang dikenali sebagai Pasukan Sokongan Penstabilan (SSA), yang diketuai Encik Abdulghani Kikli, yang lebih dikenali sebagai Ghaniwa.
Beliau dilaporkan terbunuh dalam keadaan yang tidak dapat dipastikan pada 19 Mei lalu.
Pembunuhan Encik Kikli membawa kepada kekalahan mengejut SSA oleh puak yang bersekutu dengan Perdana Menteri yang diiktiraf di peringkat antarabangsa Encik Abdulhamid al-Dbeibah dari Pemerintah Perpaduan Negara (GNU).
Pada 20 Mei, Encik Dbeibah telah mengarahkan kumpulan bersenjata dirombak, mencetuskan pertempuran paling sengit yang pernah berlaku di Tripoli dalam beberapa tahun antara dua kumpulan bersenjata.
Pertempuran itu membunuh sekurang-kurangnya lapan orang awam, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada 17 Mei, pegawai berkata sembilan mayat telah ditemui dalam peti sejuk di bilik mayat di Hospital Al-Khadra, sebuah lagi hospital yang dikawal SSA di kawasan kejiranan Abu Salim.
Pihak militia tidak melaporkan mayat kepada pihak berkuasa yang berkaitan, kata kementerian dalam negeri.
Dbeibah berkata menghapuskan militia adalah “projek berterusan” kerana gencatan senjata selepas pertempuran minggu lalu kekal dilaksanakan.
Libya menikmati sedikit sestabilan sejak pemberontakan yang menggulingkan autokrat lama Muammar Gaddafi.
Negara itu berpecah pada 2014 antara puak timur dengan barat yang bersaing, walaupun tercetusnya peperangan besar yang dihentikan ekoran gencatan senjata pada 2020. – Reuters.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg