Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Libya jadi korban perubahan iklim?

Sep 28, 2023 | 08:44 PM



TRIPOLI: Banjir dahsyat yang membunuh ramai di Libya mungkin boleh menjadi 50 kali ganda lebih buruk dengan perubahan iklim, menurut kajian terbaru yang diterbitkan baru-baru ini.


Kajian tersebut juga menekankan bahawa konflik yang berlarutan dan kegagalan dalam penyenggaraan empangan telah mengubah cuaca ekstrem menjadi bencana kemanusiaan.

Pada 10 September, hujan lebat menyebabkan dua empangan tidak lagi mampu menampung tadahan air, yang seterusnya membanjiri bandar Derna dengan gelombang air yang dahsyat.

Kejadian itu menyebabkan banyak bangunan dan penduduknya hanyut ke Laut Mediterranean.

Ilmuwan dari kumpulan World Weather Attribution (WWA) menyatakan bahawa hujan paling lebat di Libya timur laut adalah peristiwa yang berlaku sekali dalam tempoh 300 hingga 600 tahun.

Mereka mendapati bahawa kebarangkalian hujan lebat itu meningkat disebabkan oleh pemanasan sejagat yang disebabkan oleh manusia, dengan hujan meningkat hingga 50 peratus dalam tempoh tersebut.

Dalam laporannya mengenai banjir yang berhubung dengan Ribut Daniel yang melanda sebahagian besar Mediterranean pada awal September, WWA mendapati perubahan iklim menjadikan hujan lebat 10 kali ganda berlaku di Greece, Bulgaria dan Turkey dan hingga 50 kali ganda lebih buruk berlaku di Libya.

Namun, ia menegaskan bahawa faktor lain seperti konflik dan penyenggaraan empangan yang buruk telah mengubah “cuaca ekstrem menjadi bencana kemanusiaan”.

Untuk mengkaji potensi peranan pemanasan sejagat, ilmuwan WWA menggunakan data iklim dan pemodelan komputer untuk membandingkan iklim masa ini – dengan pemanasan sekitar 1.2 darjah Celsius sejak zaman praindustri – dengan iklim masa lalu.

Ilmuwan WWA biasanya dapat memberikan anggaran lebih tepat mengenai peranan yang dimainkan oleh perubahan iklim dalam peristiwa tertentu.

Namun, dalam kes ini, mereka menyatakan kajian terhad kerana kurangnya data dari stesen pengamatan cuaca, terutamanya di Libya.

Pakar pemanasan sejagat dari Institut Grantham di Imperial College London, Dr Friederike Otto berkata:

“Selepas musim panas diikuti gelombang haba dan kebakaran hutan yang dahsyat sebelum ini, kita melihat jejak perubahan iklim yang jelas dan menyaksikan pemanasan sejagat terhadap banjir ini menjadi lebih mencabar.

“Tidak diragui lagi bahawa meningkatkan ketahanan terhadap semua jenis cuaca ekstrem adalah penting untuk menyelamatkan nyawa pada masa depan.”

Golongan ilmuwan menyifatkan Ribut Daniel sebagai ribut paling menakutkan di Mediterranean dan Afrika. Ia menyebabkan banjir di seluruh kawasan tersebut pada 10 hari pertama September.

Kajian tersebut menyatakan kesan ribut diburukkan oleh prasarana yang lemah.

Misalnya, di Tengah Greece, kerosakan meningkat kerana bandar-bandar terletak di kawasan yang berisiko banjir.

Di Libya, dengan bilangan kematian di Derna yang meningkat, WWA berpendapat “konflik bersenjata yang berlarutan, ketidakstabilan politik, kecacatan reka bentuk dan penyenggaraan empangan menyumbang kepada bencana ini”.

“Bencana yang memusnahkan ini menunjukkan bagaimana peristiwa cuaca ekstrem yang didorong oleh perubahan iklim bercampur dengan faktor manusia telah memberi kesan lebih besar, kerana lebih ramai manusia, aset dan prasarana terdedah kepada risiko banjir,” kata Cik Julie Arrighi, pengarah di Pusat Iklim Palang Merah Bulan Sabit. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >