Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

6 askar dituduh rogol gadis 13 tahun

Jun 13, 2014 | 02:00 PM



JOHOR BARU: Polis telah memberkas enam askar kerana disyaki merogol seorang budak perempuan berusia 13 tahun dan merompak teman lelakinya di kawasan tepi pantai di Pontian Besar.


Dipercayai, mangsa berada bersama teman lelakinya apabila mereka didatangi kira-kira 10 pagi oleh sekumpulan lelaki berpakaian seragam tentera yang menuduh mereka 'berasmara' di tempat awam.


Beberapa daripada askar itu bertindak sebagai 'jaga' mengawal teman lelaki gadis itu sedang yang lain mengheret mangsa ke tempat tersembunyi dan didakwa bergilir-gilir memperkosanya.


Teman lelaki berusia 16 tahun cuba menahan mereka tetapi beliau dikasari oleh para tertuduh yang kemudian melarikan diri dengan barangan berharga miliknya, termasuk telefon bimbit beliau.


Dipercayai salah seorang yang disyaki telah memaksa mangsa melakukan seks mulut ke atasnya semasa kejadian sejam itu.


Kesemua enam orang, telah diberkas polis kelmarin, dan didapati positif dadah.


Berusia antara 20 hingga 30 tahun, mereka telah dibawa ke mahkamah magistret di Pontian semalam dan direman selama sembilan hari.


Ketua polis Johor, Timbalan Pesuruhjaya Kanan (SDC) Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut sedang siasatan dijalankan.


"Apa yang boleh saya katakan, suspek kini dalam tahanan polis bagi membantu siasatan," katanya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >