PROBOLINGGO: Sekurang-kurangnya enam pelancong warga Singapura cedera selepas sebuah van mini yang membawa mereka terbabit dalam kemalangan berantai di laluan pelancongan Gunung Bromo di Jawa Timur, Indonesia, pada 9 Mei.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem brek ketika kenderaan jenis Toyota Hiace tersebut menuruni jalan curam dari kawasan Gunung Bromo menuju Surabaya.