Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

71 pekerja pilihan raya Indonesia meninggal dunia kerana keletihan

Feb 20, 2024 | 1:59 PM
Seramai 5 juta sukarelawan dibayar untuk bertugas di 800,000 pusat mengundi di serata Indonesia dalam pilihan raya negara itu pada 14 Februari lalu.
Seramai 5 juta sukarelawan dibayar untuk bertugas di 800,000 pusat mengundi di serata Indonesia dalam pilihan raya negara itu pada 14 Februari lalu. - Foto EPA-EFE

JAKARTA: Setakat ini seramai 71 petugas meninggal dunia akibat keletihan berikutan pilihan raya sehari terbesar dunia di Indonesia minggu lalu, menurut pemerintah Indonesia.

Sekitar 4,000 yang lain jatuh sakit dalam tempoh lima hari akibat keletihan selepas bertugas mengendalikan pilihan raya Indonesia pada 14 Februari, kata pengerusi badan pilihan raya negara itu, Encik Hasyim Asy’ari, dalam sidang media di Jakarta pada 19 Februari.

Pilihan raya terbaru itu masih meragut puluhan nyawa, walaupun selepas pemerintah menetapkan had umur untuk sukarelawan dan mewajibkan pemeriksaan kesihatan selepas lebih 500 pekerja pusat mengundi meninggal dunia dalam pilihan raya 2019.

Seramai 5 juta orang dibayar untuk bekerja di 800,000 pusat mengundi di serata negara itu dalam pengundian minggu lalu yang berlangsung kira-kira enam jam.

Lebih daripada 200 juta rakyat telah didaftarkan untuk membuang undi mereka untuk memilih presiden, naib presiden serta penggubal undang-undang di peringkat nasional dan tempatan.

Berdasarkan pengiraan pantas, Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto dan pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, telah mengisytiharkan kemenangan selepas meraih 59.17 peratus undi.

Keputusan rasmi akan diumumkan pada 20 Mac. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg