Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 maut, 20 cedera dalam serangan udara di tengah Myanmar

Dec 7, 2025 | 4:33 PM
Para penduduk meninjau rumah-rumah yang musnah akibat pengeboman oleh tentera Myanmar di Tabayin, di wilayah Sagaing, pada 6 Disember 2025.
Para penduduk meninjau rumah-rumah yang musnah akibat pengeboman oleh tentera Myanmar di Tabayin, di wilayah Sagaing, pada 6 Disember 2025. - Foto AFP

TABAYIN, Myanmar: 18 orang terbunuh dalam serangan udara di sebuah bandar di tengah Myanmar, menurut seorang pegawai tempatan, seorang pekerja penyelamat dan dua penduduk yang bercakap dengan media pada 6 Disember.

Myanmar telah digegarkan oleh perang saudara sejak tentera bertindak melakukan rampasan pada 2021, dan pertempurannya dengan ramai pejuang anti-rampasan kuasa telah menyebabkan serangan udara oleh tentera Myanmar yang sering menyebabkan orang awam terkorban.

Dua bom digugurkan di pekan Tabayin di wilayah Sagaing pada petang 5 Disember, dengan satu mengenai kedai minuman teh yang sibuk, menurut seorang pegawai pentadbiran tempatan.

Beliau mendakwa 18 orang terbunuh dan 20 cedera dalam serangan itu.

“Angka kematian agak tinggi di kedai minuman teh kerana waktu itu sesak dengan pelanggan,” katanya.

Semua sumber yang bercakap dengan AFP meminta nama mereka dirahsiakan untuk perlindungan dan keselamatan mereka.

Seorang pekerja penyelamat yang tiba di tempat kejadian 15 minit selepas serangan ituberlaku, menyatakan bahawa tujuh orang terbunuh di tempat kejadian dan 11 yang lain meninggal dunia kemudian selepas dikejarkan ke hospital.

Kedai minuman teh itu — sebuah hab sosial tradisional di Myanmar — dan kira-kira sedozen rumah berdekatan telah “musnah sepenuhnya,” katapegawai itu.

Seorang mangsa yang terselamat berkata bahawa beliau sedang menonton perlawanan tinju yang disiarkan di televisyen di kedai minuman teh itu apabila bom itu meletup.

“Sebaik sahaja saya terdengar pesawat terbang di atas, saya terus rebahkan tubuh e tanah,” katanya, sambil menambah bahawa bunyi letupan itu memekakkan telinga.

“Saya ternampak kepulan api yang besar di atas kepala saya... Saya bernasib baik kerana tiada apa-apa berlaku pada diri saya. Selepas itu saya segera saya pulang ke rumah,” kata beliau lagi.

Seorang jurucakap junta tidak menjawab panggilan daripada wartawan AFP.

Upacara pengebumian untuk mereka yang terkorban telah diadakan pada 6 Disember. Muka beberapa mangsa ditutup dengan tuala kerana mereka tidak dapat dikenali, kata seorang penduduk tempatan.

“Saya berasa sangat sedih kerana saya mengenali sebahagian daripada mereka dengan baik,” kata pegawai itu lagi.

Serangan udara junta di Sagaing pada Mei telah mengorbankan 22 orang, termasuk 20 kanak-kanak, walaupun gencatan senjata yang didakwa telah dilaksanakan selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Myanmar. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg