Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

9 negara Eropah sokong permohonan Ukraine sertai Nato

Oct 04, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Pemimpin sembilan anggota Eropah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menandatangani kenyataan bersama lewat kelmarin menyokong permohonan Ukraine mahu menjadi anggota pertubuhan itu, langkah yang mungkin menghadapi halangan.



Kenyataan yang ditandatangani pemimpin Republik Czech, Estonia, Latvia, Lithuania, Macedonia Utara, Montenegro, Poland, Romania dan Slovakia turut mengutuk langkah Russia yang sedang mengilhak empat wilayah Ukraine selepas pungutan suara yang dikecam banyak pihak antarabangsa.



Ukraine telah lama berusaha mahu menjadi anggota Nato. Pada 2008, Nato berjanji kepada Ukraine dan Georgia bahawa mereka suatu hari nanti boleh menjadi anggotanya tanpa memperincikan garis masa.



Namun, perikatan itu tidak melakukan banyak usaha untuk bertindak atas janji itu.



"Kami berdiri teguh di belakang keputusan Sidang Puncak Nato Bucharest 2008 mengenai keanggotaan masa depan Ukraine," kata sembilan pemimpin itu dalam kenyataan mereka.



Mereka juga mengisytiharkan bahawa sembilan negara itu "tidak akan sekali-kali mengiktiraf percubaan Russia mahu menggabungkan mana-mana wilayah Ukraine" dan mendesak negara anggota lain untuk "segera meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine".



Dalam ucapan hariannya kelmarin, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata beliau mengalu-alukan sokongan dan optimis bahawa permohonan Ukraine akan bergerak ke hadapan.



Pada Sabtu lalu, Encik Zelensky mengumumkan Ukraine telah mengemukakan permohonan mahu menyertai Nato, walaupun pakar telah memberi amaran bahawa terdapat halangan besar, memandangkan penerimaan sesebuah negara memerlukan persetujuan sebulat suara daripada semua 30 anggota perikatan itu.



Sebagai satu perikatan berlandaskan doktrin pertahanan bersama, adalah sangat tidak mungkin bagi Nato mahu menerima sebuah negara yang sedang berperang.



Keinginan Ukraine mahu menyertai pakatan itu telah lama menjadi punca konflik dengan Russia, yang melihat peluasan Nato ke arah timur sebagai satu ancaman. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >