Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

E-MEL DARI KL

9 Ogos peluang warga global ini nilai semula jati diri Melayu SG

Aug 10, 2022 | 05:30 AM



SETIAP kali tiba 9 Ogos saya dilanda kegelisahan dek seribu pertanyaan tidak terjawab.



Tahun ini kegelisahan itu semakin memuncak.



Ini kali pertama dalam masa lebih sedekad saya berada di Singapura semasa musim perayaan menyambut Hari Kebangsaan.



17 tahun lalu saya berhijrah meninggalkan tanah air.



Didorong keresahan ingin melihat dunia, membebaskan diri daripada kepompong kehidupan serba sempit dari segi fizikal dan mental.



Ia satu keputusan rumit yang memerlukan pengorbanan besar - meninggalkan keluarga, saudara mara, sahabat dan semua keselesaan hidup yang sering diambil mudah.



Waktu itu tidak pernah terlintas di fikiran kesan psikologi berhijrah meninggalkan bumi kelahiran ini.



Saya pernah bekerja di beberapa buah kota besar di Eropah, Timur Tengah dan Amerika.



Teruja dengan nikmat menghirup rentak dan nilai kehidupan serba baru.



Tercabar dengan tekanan tugas yang memaksa kita membuka minda mencari satu kematangan pespektif global.



Malah sejujurnya, kadangkala dalam kesibukan di perantauan sering terbuai lupa dengan tanah air sendiri.



Ramai rakan sekerja saya di Qatar dulu berasal dari segala pelusuk dunia dan sering merantau.



Mereka mendakwa menjadi "global citizens" (warga global) yang tidak memerlukan ikatan budaya dan bangsa tempat kelahiran.



Waktu itu saya setuju dan akur dengan pandangan mereka.



Hidup di perantauan bererti saya tidak lagi terpenjara dengan tanggapan negatif yang ada kalanya menghantui diri.



Tetapi saya kurang selesa dengan konsep warga global yang tidak mempunyai kesetiaan pada sebarang negara.



Mereka seolah-olah berpegang teguh pada erti peribahasa "Di mana bumi berpijak di situ langit dijunjung"



Saya pernah sering mempersendakan makna peribahasa "Hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri."



Secara logiknya mengapa kita perlu terus menetap di negeri sendiri sedangkan cabaran sebenar kehidupan dan rezeki melimpah berada di luar negara?



Namun pandangan saya mula berubah sejak tujuh tahun lalu.



Mungkin ia berpunca daripada pengalaman pahit getir sewaktu menerbitkan dokumentari pelarian perang di Syria.



Lebih enam juta rakyat Syria yang tidak berdosa terpaksa melarikan diri menjadi orang pelarian akibat kekejaman perang saudara 2011 yang menelan korban jiwa lebih 500 ribu orang.



Tetapi mereka tidak hilang harga dan jati diri sebagai bangsa Syria.



Malah hampir seminggu bersama mereka di kemah pelarian kawasan padang pasir Jordan, saya kagum dengan semangat dan kesetiaan berkobar-kobar mereka mahu pulang ke tanah air sendiri.



Sejak itu, setiap kali tiba 9 Ogos saya sering terdorong untuk menilai semula jati diri sebagai seorang rakyat Melayu Singapura.



Saya semakin meragui konsep warga global yang menjadi pegangan hidup rakan-rakan sepejabat dulu.



Pandemik Covid 19 yang memaksa sempadan negara ditutup selama dua tahun sehingga saya tidak berupaya pulang telah merungkai banyak persoalan yang pernah menghantui diri.



Pengertian sebenar peribahasa 'Hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri' agak sukar difahami jika seseorang itu belum merasakan hidup di perantauan.



Walaupun mungkin menikmati kehidupan lebih selesa tetapi saya masih berasa terasing, kehilangan sesuatu yang lebih bermakna.



Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain.



Atau mungkin juga dalam meniti usia enam puluhan, kesedaran erti sebenar jati diri dan cinta pada negara mengalami tahap kematangan baru.



  • Penulis mantan wartawan kanan BH, menetap di Kuala Lumpur.


"Pandemik Covid 19 yang memaksa sempadan negara ditutup selama dua tahun sehingga saya tidak berupaya pulang telah merungkai banyak persoalan yang pernah menghantui diri. Pengertian sebenar peribahasa 'Hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri' agak sukar difahami jika seseorang itu belum merasakan hidup di perantauan."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >