Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

90 negara, pertubuhan sertai sidang puncak damai Ukraine di Switzerland

Diadakan 15-16 Jun; tapi Russia belum diundang
Jun 10, 2024 | 7:25 PM
Menteri Luar Switzerland, Encik Ignazio Cassis, memberitahu satu sidang akbar bahawa sidang kemuncak itu akan membincangkan kebimbangan antarabangsa yang meluas, seperti keperluan untuk keselamatan nuklear dan makanan, kebebasan pelayaran, serta isu kemanusiaan, seperti tawanan perang.
Menteri Luar Switzerland, Encik Ignazio Cassis, memberitahu satu sidang akbar bahawa sidang kemuncak itu akan membincangkan kebimbangan antarabangsa yang meluas, seperti keperluan untuk keselamatan nuklear dan makanan, kebebasan pelayaran, serta isu kemanusiaan, seperti tawanan perang. - Foto REUTERS

BERN: Sebanyak 90 negara dan pertubuhan telah mendaftar setakat ini untuk menyertai sidang puncak yang bertujuan membuka jalan kepada keamanan di Ukraine yang bakal diadakan di Switzerland dari 15 hingga 16 Jun, kata pemerintah Switzerland pada 10 Jun.

Russia belum dijemput ke sidang puncak itu, yang akan diadakan di tengah Switzerland, tetapi pemerintah Switzerland berkata dalam satu kenyataan bahawa perhimpunan itu akan berusaha “mentakrifkan peta jalan bersama” tentang cara melibatkan Russia dan Ukraine dalam proses damai masa depan.

Konflik melibatkan kedua-dua negara berlaku hampir 28 bulan selepas tentera Russia menyerang Ukraine dan perang belum nampak tanda-tanda akan reda.

Switzerland pada Januari bersetuju menjadi tuan rumah sidang puncak itu atas permintaan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.

Sejak itu, ia cuba meningkatkan sokongan untuk sidang puncak itu dalam kalangan negara yang mempunyai hubungan yang lebih baik dengan Moscow berbanding kuasa Barat yang terkemuka.

Russia telah menolak sidang puncak itu sebagai membuang masa.

Ia tidak dijemput untuk menyertainya kerana ia menandakan negara tersebut tidak berminat untuk menghadirinya.

Namun, Switzerland menegaskan bahawa Russia mesti menjadi sebahagian proses damai.

Ketiadaan Russia mendorong sekutu kuat Moscow seperti China untuk menyatakan tiada guna diadakan rundingan damai melainkan kedua-dua negara yang berkonflik, Russia dan Ukraine, menyertai sidang puncak itu.

Ini sekali gus dikatakan akan mereda jangkaan untuk sebarang kejayaan besar dalam rundingan yang diadakan di Switzerland kelak.

Sidang puncak itu akan membincangkan kebimbangan antarabangsa yang meluas, seperti keperluan untuk keselamatan nuklear dan makanan, kebebasan pelayaran, serta isu kemanusiaan, seperti tawanan perang, kata Menteri Luar Switzerland, Encik Ignazio Cassis.

Presiden Switzerland, Encik Viola Amherd, berkata bahawa kebanyakan peserta - kira-kira separuh daripadanya akan diwakili di peringkat ketua negara atau pemerintah - tetapi sebahagian kecil adalah daripada pertubuhan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beberapa pemimpin, termasuk Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Encik Olaf Scholz, dijangka menghadiri sidang puncak di pusat peranginan Buergenstock yang menghadap ke Tasik Lucerne itu.

Sekitar 160 jemputan telah dihantar dan Presiden Amherd berkata ia bukanlah sesuatu yang “mengecewakan” bagi pemerintah Switzerland meskipun kurang daripada 100 telah mengesahkan penyertaan dalam fasa pertama proses damai itu.

Switzerland berkata senarai akhir peserta dijangka dimuktamadkan pada 14 Jun tetapi negara membangun utama seperti Turkey, Afrika Selatan dan Brazil tidak menyatakan sama ada mereka akan hadir. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg