Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

901 mayat pendatang ditemui di luar pantai Tunisia tahun ini

Jul 27, 2023 | 03:22 PM



TUNIS: Pengawal Pantai Tunisia menemui 901 mayat pendatang yang lemas di luar pantainya dari 1 Jan hingga 20 Julai 2023, kata Menteri Dalam Negeri, Encik Kamel Feki, pada Rabu, menandakan jumlah mangsa yang tidak pernah berlaku sebelum ini di luar pantai negara itu.


Negara Afrika Utara itu berdepan gelombang rekod penghijrahan pada 2023 dan malapetaka yang kerap berlaku akibat tenggelamnya bot pendatang dari Afrika sub-Sahara menuju ke pantai Italy.

Tunisia menggantikan Libya sebagai tempat berlepas utama di rantau itu bagi mereka yang melarikan diri daripada kemiskinan dan konflik di Afrika dan Timur Tengah, dengan harapan memulakan kehidupan yang lebih baik di Eropah.

Encik Feki memberitahu Parlimen bahawa antara 901 mayat yang ditemui, 36 adalah warga Tunisia dan 267 pendatang asing, manakala identiti selebihnya tidak diketahui.

Kebanyakan bot yang membawa pendatang itu berlepas dari pantai bandar selatan Sfax.

Beribu-ribu pendatang tanpa izin telah berpusu-pusu ke bandar pesisir pantai Sfax dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan matlamat untuk berlepas ke Eropah dengan bot yang dikendalikan oleh sindiket penyeludup manusia, yang membawa kepada krisis penghijrahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Tunisia.

Sekitar 75,065 pendatang telah sampai dengan bot ke Italy pada 14 Julai berbanding 31,920 dalam tempoh yang sama pada 2022, data rasmi menunjukkan.

Kesatuan Eropah dan Tunisia menandatangani perjanjian “perkongsian strategik” pada Julai untuk sama-sama memerangi penyeludupan manusia dan mengetatkan sempadan laut semasa peningkatan mendadak bot-bot yang meninggalkan negara Afrika Utara itu ke Eropah. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >