Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tragedi kapal karam Greece: Angka kematian naik lebih 80, suspek ditahan

Jun 20, 2023 | 03:31 PM



MALAKASA (Greece): Suspek penyeludup puluhan pendatang yang lemas dalam satu kejadian kapal karam di Laut Mediterranean minggu lalu dijangka menghadapi tuduhan membunuh di mahkamah Greece minggu ini, manakala Pakistan menahan sedozen suspek berhubung bencana itu.


Greece menemui tiga lagi mayat pada Isnin, menjadikan jumlah kematian yang disahkan kepada 81 orang.

Bot nelayan itu, penuh dengan ratusan pendatang, karam di pantai barat daya Greece minggu lalu. Perjalanan bermula di Libya dan sepatutnya berakhir di Italy.

Hanya 104 orang yang diketahui terselamat.

Peguam bagi sembilan penyeludup yang disyaki dan ditahan oleh Greece, semuanya dari Mesir, telah meminta dan diberikan penangguhan perbicaraan bagi tuduhan mereka ke pagi Selasa, kata agensi berita separuh rasmi Athens News Agency.


Salah seorang peguam berkata anak guamnya menafikan dia seorang penyeludup, sebaliknya berkata dia adalah mangsa yang telah membuat bayaran untuk dibawa ke Italy.

“Dia meninggalkan negaranya mencari kehidupan yang lebih baik di Eropah kerana masalah ekonomi,” kata peguam itu, Encik Athanasios Iliopoulos.

Greece masih melakukan usaha mencari di kawasan laut itu pada Isnin, walaupun peluang untuk mencari lebih ramai mangsa hampir tiada.

Bot itu tenggelam di kawasan perairan terdalam di Mediterranean. Mangsa dipercayai berasal dari Syria, Pakistan dan Mesir. Beratus-ratus lagi dikhuatiri mati.

Greece telah mendapat perhatian yang semakin meningkat berhubung tindak balasnya terhadap bencana itu, yang berlaku walaupun bot itu telah diekori oleh pengawal pantainya selama beberapa jam.

Pakistan mengisytiharkan hari berkabung kebangsaan pada Isnin, selepas mendapati sekurang-kurangnya 21 mangsa adalah warganya dari daerah Koti di kawasan yang ditadbir Pakistan di wilayah Kashmir.

Ia berkata siasatan awal mendapati bot itu membawa kira-kira 800 orang.

Anggaran lain mengatakan sekurang-kurangnya 400 orang berada di atas kapal.

Seramai 14 orang di Pakistan telah ditangkap kerana disyaki atas dakwaan memperdagangkan manusia.

Bot itu dipercayai berlepas bersama penumpang dari Tobruk, bandar pesisir pantai Libya pada 10 Jun.

Pihak berkuasa Greece berkata kapal yang mereka pantau selama kira-kira 15 jam itu, selepas dimaklumkan oleh pihak berkuasa Italy, terbalik kira-kira 25 minit selepas enjinnya terhenti pada awal pagi 14 Jun.

Pihak berkuasa berkata kapal itu berulang kali menolak bantuan Greece, mengatakan ia mahu pergi ke Italy. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >