Topic followed successfully
Go to BHkuAcara penutup majlis perkahwinan diraja Brunei penuh istiadat
Acara penutup majlis perkahwinan diraja Brunei penuh istiadat
Acara penutup majlis perkahwinan diraja Brunei penuh istiadat
BANDAR SERI BEGAWAN: Istiadat Perkahwinan Diraja antara Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, yang bermula pada 7 Januari, ditutup dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga, yang berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 16 Januari.
Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga dimulakan dengan Dikir Syarafil Anam (Dikir Marhaban) diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das, lapor Pelita Brunei.
Sejurus selepas itu, semua alat perhiasan diraja diturunkan di Balai Pemajangan, sebaik sahaja tembakan meriam dilepaskan.
Perwakilan khusus telah membawa minyak wangi-wangian dan seterusnya memberikan kepada tetamu yang hadir. Ini diikuti dengan bacaan doa selamat bagi menandakan majlis perayaan ditutup dengan rasminya.
Sambutan perkahwinan mewah Putera Brunei, Putera Abdul Mateen dan isteri mencapai kemuncaknya pada 14 Januari dengan upacara bergemerlapan dihadiri pemimpin kerajaan dan tetamu diraja dari serata Asia.
Kemegahan dan kemeriahan perayaan perkahwinan diraja itu telah membawa banyak keseronokan kepada negara kesultanan kecil yang penduduknya berjumlah 450,000 orang itu.
Pasangan diraja itu diraikan di majlis jamuan di istana 1,788 bilik yang megah, acara awam terakhir mereka.
Anggota keluarga mengadakan solat hajat pada Selasa, untuk menandakan berakhirnya perayaan 10 hari secara rasmi, tetapi tanpa pasangan itu.
Putera Mateen ialah anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah, salah seorang lelaki terkaya di dunia.
Walaupun berada di tangga keenam dalam barisan takhta, putera raja itu telah menjadi terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini menemani bapanya di litar diplomatik.

