Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BRUNEI

Ribuan rakyat Brunei rai bersama majlis gilang-gemilang perkahwinan diraja

Jan 15, 2024 | 02:31 PM



BANDAR SERI BENGAWAN (Brunei): Lambaian mesra, kuntuman senyum Pengantin Diraja, Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah Adam, menjadi kenangan berharga yang tidak akan dilupakan oleh ribuan rakyat jelata Brunei.


Malah kehadiran para pelancong dari berbilang negara turut hadir menyaksikan istiadat bersejarah gilang-gemilang Majlis Istiadat Perarakan Pengantin Diraja di ibu kota Brunei pada Ahad, 14 Januari.

Kemuncak Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja berkenaan menjadikan suasana Bandar Seri Begawan (BSB) dipenuhi dengan orang ramai yang beratur di semua ceruk jalan raya melambai-lambaikan tangan, menjunjung tahniah dan terharu sambil kedua-dua mempelai diraja yang bagai pinang dibelah dua membalas lambaian dengan ukiran senyuman yang penuh mesra dan ceria.

Kedua mempelai pengantin diraja yang memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, dengan membuat penampilan umum pertama mereka sebagai suami isteri dalam perarakan di ibu negara yang kebiasaannya sunyi, di hadapan ribuan orang.


Suasana BSB juga sangat indah dengan pemandangan pelbagai perhiasan kuntuman bunga serta kibaran bendera penuh warna-warni di sepanjang jalan, termasuk pintu-pintu gerbang yang tersergam indah memaparkan potret pasangan Pengantin Diraja di sepanjang laluan perarakan, menyemarakkan lagi detik bersejarah berkenaan, lapor Pelita Brunei.

Perarakan berkenaan turut melibatkan kira-kira 21,000 penuntut bersama lebih 2,000 guru serta 15,700 pegawai dan kakitangan kerajaan manakala 500 peserta lagi mengambil bahagian dalam persembahan hadrah.

Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja berkenaan bukan sahaja disaksikan oleh rakyat dan penduduk di negara ini malahan turut mendapat perhatian dunia melalui siaran-siaran langsung dari Radio Televisyen Brunei dan liputan daripada para wartawan dan jurugambar daripada pelbagai organisasi media antarabangsa.

Negara Brunei Darussalam turut mewajahi dunia dengan mempersembahkan kegemilangan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja yang penuh dengan keunikan warisan serta memartabatkan adat istiadat diraja yang ditunjangi falsafah negara Melayu Islam Beraja.

Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja bagi Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah berlangsung di tengah-tengah kemegahan yang penuh dengan tradisi diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad 14 Januari 2024.

Dengan upacara bergemerlapan dihadiri pemimpin kerajaan dan tetamu diraja dari serata dunia telah menyaksikan Putera Abdul Mateen, 32 tahun, memakai pakaian istiadat, manakala pengantin perempuan yang berusia 29 tahun, memakai gaun putih labuh dan permata berkilauan.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha turut menyerikan majlis tersebut.

Antara ribuan tetamu yang menghadiri majlis gemerlapan pada Ahad itu, yang merupakan acara kemuncak lebih seminggu majlis perkahwinan diraja, adalah tetamu undangan dari luar negara yang terdiri daripada pemimpin serantau dan antarabangsa.


Tetamu khas itu termasuk Perdana Menteri Singapura Encik Lee Hsien Loong dan isteri Cik Lee; Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16, Sultan Abdullah dan isteri; Raja Bhutan, Encik Jigme Khesar Namgyel Wangchuk dan isteri; Presiden Indonesia Joko Widodo; Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr dan isteri; serta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 2.17 petang, 11 Januari.


Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >