Adik pemimpin Korea U dinaikkan pangkat di kongres parti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Adik pemimpin Korea U dinaikkan pangkat di kongres parti

Feb 24, 2026 | 2:38 PM

Adik pemimpin Korea U dinaikkan pangkat di kongres parti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kim Yo Jong, Korea U
Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja menamakan Cik Kim Yo Jong, adik perempuan pemimpin Korea Utara Encik Kim Jong Un, sebagai pengarah jabatan penuh. - Foto: AFP

SEOUL: Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, yang berpengaruh telah dinaikkan pangkat dalam struktur parti pemerintah semasa kongres parti yang jarang berlaku, kata media pemerintah pada 24 Februari.

Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja menamakan Cik Kim Yo Jong - sebelum ini seorang timbalan pengarah jabatan - sebagai pengarah jabatan penuh, kata agensi rasmi berita pusat Pyongyang.

Beribu-ribu elit parti telah memenuhi ibu kota Pyongyang untuk menghadiri sidang puncak lima tahun sekali Parti Pekerja pemerintah itu.

Ia merupakan satu perhimpunan yang mengarahkan usaha negara dalam pelbagai bidang - daripada diplomasi hingga perancangan perang.

Kongres tersebut menawarkan gambaran yang jarang berlaku tentang cara kerja politik Korea Utara yang menyendiri, dan secara meluas dilihat sebagai forum untuk Encik Kim meluaskan cengkamannya terhadap kuasa.

Cik Kim Yo Jong telah lama menjadi antara leftenan terdekat abangnya dan salah seorang wanita paling berpengaruh dalam rejim terpencil itu.

Dilahirkan pada akhir 1980-an, beliau merupakan salah seorang daripada tiga anak daripada bapa dan pendahulu Kim, Kim Jong Il, dan pasangan ketiganya yang dikenali, bekas penari Ko Yong Hui.

Beliau mendapat pendidikan di Switzerland bersama abangnya dan naik pangkat dengan pantas sebaik sahaja abangnya mewarisi kuasa selepas kematian bapa mereka pada 2011.

Encik Kim dijangka mendedahkan fasa seterusnya dalam program senjata nuklear Korea Utara dalam kongres selama beberapa hari itu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Encik Kim dipercayai sedang mengukuhkan kedudukan anak perempuannya sebagai pewaris rasmi, menurut pendedahan agensi perisikan Korea Selatan kepada Parlimen pada 11 Februari.

Menurut Anggota Parlimen Encik Lee Seong-kweun, yang menghadiri taklimat tertutup bersama Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS), anak perempuan Kim yang dikenali sebagai Cik Kim Ju Ae kini berada pada tahap “dilantik secara dalaman sebagai pengganti”.

“Pada masa lalu, NIS menyifatkan beliau sebagai ‘dalam proses pembelajaran sebagai pengganti’. Namun hari ini, istilah yang digunakan ialah beliau ‘berada pada tahap pelantikan dalaman sebagai pewaris’,” kata Encik Lee kepada pemberita. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg