Kemajuan nuklear dilaung ketika Kim Jong Un dipilih semula pimpin Korea Utara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemajuan nuklear dilaung ketika Kim Jong Un dipilih semula pimpin Korea Utara

Feb 23, 2026 | 4:11 PM

Kemajuan nuklear dilaung ketika Kim Jong Un dipilih semula pimpin Korea Utara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gambar yang dirakam pada 22 Februari 2026 dan dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada 23 Februari 2026 menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea, semasa Kongres Kesembilan di Pyongyang.
Gambar yang dirakam pada 22 Februari 2026 dan dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada 23 Februari 2026 menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea, semasa Kongres Kesembilan di Pyongyang. - Foto AFP

PYONGYANG: Parti pemerintah Korea Utara mengangkat semula Encik Kim Jong Un sebagai setiausaha agung dalam satu kongres nasional yang jarang diadakan, sambil memuji kemajuan besar program nuklear negara itu, lapor media rasmi pada 23 Februari.

Ribuan elit parti berhimpun di Pyongyang bagi menghadiri kongres lima tahun sekali Parti Pekerja Korea - mesyuarat penting yang menentukan dasar negara daripada diplomasi hingga perancangan peperangan. Pemerhati melihat perhimpunan itu sebagai pentas utama bagi Encik Kim mengukuhkan cengkaman kuasanya.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan pimpinan tertinggi tentera mengangkat sumpah setia kepada Encik Kim sebelum para perwakilan meluluskan pemilihannya semula pada 22 Februari. Kongres itu turut menonjolkan usaha beliau meningkatkan keupayaan nuklear bagi menangkis musuh luar.

“Beliau memimpin secara aktif usaha menjadikan Tentera Rakyat Korea sebagai angkatan elit dan berkuasa,” menurut kenyataan parti.

Kenyataan itu menambah bahawa pasukan bersenjata kini “bersedia menghadapi sebarang bentuk peperangan dan mampu menangani ancaman pencerobohan secara sendiri”.

Kim dijangka mengumumkan fasa baharu pembangunan senjata nuklear sepanjang kongres beberapa hari itu. Di bawah pemerintahannya, arsenal nuklear Korea Utara berubah daripada kebimbangan terhad kepada ancaman keselamatan sebenar di peringkat global.

Sejak ujian nuklear terakhir lebih lapan tahun lalu yang mencetuskan gegaran buatan manusia di wilayah utara negara itu, saintis Pyongyang berusaha menghasilkan kepala peledak lebih kecil yang boleh dipasang pada peluru berpandu jarak jauh.

Beberapa hari sebelum kongres bermula, Encik Kim turut memperkenalkan sistem pelancar roket besar berkeupayaan nuklear. Foto media rasmi menunjukkan deretan pelancar ditempatkan di dataran utama Pyongyang.

Pemilihan semula Kim turut mendapat perhatian antarabangsa. Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah dan menyifatkannya sebagai “lembaran baharu” hubungan kedua-dua negara.

Pada 2025, Encik Kim muncul bersama Encik Xi dan Presiden Russia Encik Vladimir Putin dalam satu perarakan tentera di Beijing, dilihat sebagai simbol peningkatan kedudukannya di pentas global.

Kongres Parti Pekerja Korea hanya diadakan sembilan kali sepanjang sejarah pemerintahan keluarga Encik Kim. Ia pernah dihentikan lama ketika era Encik Kim Jong Il sebelum dihidupkan semula pada 2016.
Penganalisis kini meneliti susunan tempat duduk pegawai bagi menilai perubahan kuasa dalaman. Tumpuan juga terarah kepada anak perempuan remaja Encik Kim, Cik Ju Ae, yang menurut perisikan Seoul dilihat sebagai pewaris berpotensi.

Pada kongres lima tahun lalu, Encik Kim menyifatkan Amerika Syarikat sebagai “musuh terbesar”. Kini timbul persoalan sama ada beliau akan melunakkan pendirian itu atau mengukuhkannya.

Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump sebelum ini menyatakan beliau “100 peratus” terbuka untuk bertemu Encik Kim, namun Pyongyang setakat ini tidak menunjukkan minat menyambung semula dialog peringkat tinggi.

Dengan peningkatan kemampuan nuklear dan sokongan dalaman parti, kongres kali ini dilihat sebagai petunjuk arah baharu dasar keselamatan Korea Utara sama ada menuju rundingan atau konfrontasi lebih tegas. - AGensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg