Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aduan data 22.5j rakyat M'sia dibocor

Menteri jelaskan kebocoran bukan berpunca dari Jabatan Pendaftaran Negara
May 19, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Data yang mengandungi maklumat 22.5 juta rakyat Malaysia, yang dilahirkan antara 1940 dan 2004, didakwa telah dicuri daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).



Portal teknologi tempatan Amanz melaporkan bahawa pangkalan data, bersaiz 160GB, dijual pada harga AS$10,000 (S$13,846) di web gelap.



Dalam tangkapan skrin yang dikongsi portal itu, penjual mendakwa ini adalah pangkalan data tambahan berbanding data yang dijual pada September tahun lalu, yang mengandungi maklumat sehingga 1998.



Dalam kedua-dua insiden itu, data itu dikatakan telah diambil daripada JPN melalui aplikasi antara muka pengaturcaraan (API) MyIdentity. MyIdentity ialah platform perkongsian data yang digunakan oleh pelbagai agensi kerajaan Malaysia.



Namun, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam berkata dakwaan kebocoran data itu tidak berpunca daripada JPN, tetapi daripada beberapa agensi yang diberi kelonggaran mendapatkan maklumat sedemikian.



Beliau tidak menamakan agensi tersebut, atau berapa banyak agensi yang mempunyai akses kepada data MyIdentity.



Datuk Hamzah memberitahu pemberita selepas menghadiri satu majlis bahawa terdapat mekanisme yang boleh membuktikan maklumat yang bocor itu bukan datang daripada JPN.



"Sebelum ini, ada dakwaan yang sama tetapi kami berjaya membuktikan kebocoran itu bukan daripada JPN.



"Ia adalah daripada beberapa agensi yang kami beri sedikit kelonggaran supaya mereka boleh mendapatkan maklumat daripada kami," katanya.



Apabila kebocoran data pertama dikesan pada September lalu, ia didakwa melibatkan pangkalan data JPN berhubung warga yang dilahirkan antara 1979 dan 1998. Maklumat itu dijual pada harga 0.2 BTC (RM35,350, atau S$11,160).



Tetapi Datuk Seri Hamzah berkata kemudian:



"Jangan risau tentang data yang dipegang oleh JPN. 'Firewall' kami agak kuat."



Beliau berkata, semua agensi kerajaan yang menggunakan sistem MyIdentity telah diarah supaya melaksanakan langkah keselamatan yang lebih ketat.



Semalam, seorang peguam Encik Foong Cheng Leong berkata kekurangan ketelusan mengenai siasatan berkaitan kebocoran data di Malaysia sesuatu yang amat mengecewakan.



"Perlu ada laporan bagaimana perkara itu disiasat dan apakah langkah yang diambil untuk memastikan data itu selamat.



"Maklumat itu boleh menjadi penghalang kepada pihak lain dan menunjukkan bahawa akan ada akibat bagi mereka yang membocorkan maklumat peribadi," katanya ketika dihubungi.



Encik Foong menggesa siasatan baru dijalankan oleh agensi berkaitan, termasuk Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) untuk mengetahui sama ada kebocoran itu adalah tulen.



Ketika dihubungi, JPDP enggan mengulas pada ketika ini.



Encik Foong berkata data daripada kebocoran itu boleh digunakan penjenayah untuk menipu mangsa.



"Sebagai contoh, mereka boleh menyamar sebagai pihak berkuasa dan mengemukakan maklumat seperti nombor atau alamat MyKad anda untuk mendapatkan kepercayaan anda.



"Mereka akan menggunakan (maklumat) ini untuk meyakinkan anda supaya memberikan butiran lanjut atau melakukan transaksi kewangan," katanya.



Ketika dihubungi, CyberSecurity Malaysia enggan mengulas dengan menyatakan perkara itu di bawah bidang kuasa JPDP.



Dan JPN masih belum menjawab permintaan untuk mendapatkan maklumat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >