Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Afrika Selatan kemuka bukti di ICJ niat Israel lakukan genosid di Gaza

Jan 12, 2024 | 12:21 PM



THE HAGUE (Belanda): Selepas tiga bulan mengepung dan mengebom Jaluran Gaza dalam perangnya terhadap Hamas, Israel dihadapkan dengan tuduhan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 Januari.


Afrika Selatan yang membawa kes tersebut ke muka pengadilan, berhujah bahawa Israel “bermaksud untuk mewujudkan keadaan kematian” di Gaza, dan menuntut mahkamah mengeluarkan perintah kecemasan menggantung kempen ketenteraannya.

Membentangkan kes mereka di mahkamah yang penuh sesak di The Hague, peguam Afrika Selatan mengemukakan bukti kata-kata pegawai Israel, termasuk Menteri Pertahanan, Encik Yoav Gallant, yang berkata pada Oktober bahawa Israel akan mengenakan pengepungan sepenuhnya ke atas wilayah itu kerana ia memerangi “binatang manusia”.

Israel menafikan secara mutlak tuduhan pembunuhan beramai-ramai itu, dan bersedia untuk mengemukakan pembelaannya pada 12 Januari, bahagian kedua perbicaraan dua hari di badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Perbicaraan itu akan menjadi kali pertama Israel memilih untuk mempertahankan diri secara peribadi dalam suasana sedemikian, tanda terdapat taruhan yang tinggi pada masa ini, dengan reputasi antarabangsa Israel jatuh di seluruh dunia berikutan tingginya korban kempen ketenteraannya di Gaza.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menyifatkan prosiding tersebut sebagai “dunia sudah terbalik” di mana negaranya menghadapi tuduhan sedemikian.

“Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai pada masa ia memerangi genosid,” kata beliau merujuk kepada perang di Gaza, yang bermula selepas Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober yang membunuh kira-kira 1,200 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Sejak itu tindakan balas Israel menerusi pengeboman udara dan serangan darat berterusan telah membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, .

Pembunuhan beramai-ramai adalah antara jenayah paling serius di mana sesebuah negara boleh dituduh dan dakwaan itu boleh membawa kepentingan tertentu di Israel, yang diasaskan selepas pembunuhan orang Yahudi dalam tragedi Holocaust.

Para penganalisis berkata tindakan Afrika Selatan itu juga didorong oleh sokongan domestik yang berpanjangan terhadap perjuangan Palestin sejak zaman Presiden Nelson Mandela.

Untuk membentuk kes pembunuhan beramai-ramai, mesti ada niat yang terbukti di pihak pelaku untuk memusnahkan secara fizikal – keseluruhan atau sebahagian – sebuah negara, etnik, kaum atau agama, menurut konvensyen pembunuhan beramai-ramai PBB.

Namun, niat selalunya merupakan elemen yang paling sukar untuk dibuktikan dalam kes sedemikian.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony J. Blinken, minggu ini menyifatkan tuduhan Afrika Selatan sebagai “tidak mempunyai merit” dan “tidak produktif”.

Afrika Selatan, yang memfailkan kes itu pada Disember, berhujah bahawa pemimpin dan penggubal undang-undang Israel telah menyampaikan dalam kenyataan mereka niat untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Dalam penghujahan setebal 84 muka surat kepada mahkamah, Pretoria mendakwa pengeboman dan pencerobohan Israel ke atas Gaza bertujuan membawa kemusnahan sebahagian besar rakyat, kaum dan etnik Palestin.

“Terdapat ciri luar biasa dalam kes ini dan bahawa pemimpin politik Israel, komander tentera dan orang yang memegang jawatan rasmi, secara sistematik dan secara eksplisit, mengisytiharkan niat membunuh mereka,” kata peguam, Encik Tembeka Ngcukaitobi, kepada mahkamah,

Beliau berhujah bahawa “niat genosid” Israel “berakar pada kepercayaan bahawa, sebenarnya, musuh bukan hanya sayap tentera Hamas atau, sememangnya, Hamas secara amnya, tetapi tertanam dalam fabrik kehidupan Palestin di Gaza”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >