Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel sedia pertahan diri dari tuduhan genosid di ICJ

Jan 11, 2024 | 01:41 PM



GAZA/THE HAGUE: Israel bersedia mempertahankan diri terhadap tuduhan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Gaza apabila kes tersebut didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selama dua hari bermula 10 Januari.


Kes tersebut didengar ketika Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, secara terbuka menolak untuk pertama kali gesaan beberapa menteri sayap kanan untuk menduduki wilayah itu secara kekal.

Ketika perang Israel di Gaza berterusan, ICJ akan mendengar kes yang dibawa oleh Afrika Selatan pada Disember yang mendakwa perang Israel terhadap kumpulan Hamas di Gaza melanggar Konvensyen Genosid 1948.

Jurucakap pemerintah Israel, Encik Eylon Levy, berkata pada 9 Januari bahawa “Israel akan menghadap ICJ untuk menghapuskan fitnah tidak masuk akal oleh Afrika Selatan, kerana Pretoria memberikan perlindungan politik dan undang-undang kepada rejim Hamas”.

Perbicaraan itu berlangsung secara eksklusif dengan Afrika Selatan meminta langkah kecemasan yang memerintahkan Israel menangguhkan tindakan ketenteraan di Gaza sementara mahkamah mendengar merit kes itu – satu proses yang boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Colombia dan Brazil telah menyatakan sokongan mereka terhadap Afrika Selatan pada 9 Januari. Turkey, Bolivia, Jordan dan Malaysia menjadi antara negara yang memberi isyarat sokongan terhadap langkah tersebut.

Israel melancarkan serangan balas selepas pejuang Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Lebih 23,000 rakyat Palestin telah terbunuh sejak perang meletus.

Pada malam sebelum perbicaraan, Encik Netanyahu buat kali pertama secara terbuka menyatakan tentangan terhadap gesaan daripada anggota sayap kanan pemerintahnya, termasuk Menteri Kewangan Encik Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara Encik Itamar Ben-Gvir, supaya rakyat Palestin meninggalkan Gaza secara sukarela, memberi laluan untuk orang Israel menetap di sana.

“Israel tidak berhasrat menduduki Gaza secara kekal atau memindahkan penduduk awamnya,” tulis Encik Netanyahu dalam platform X.

Kumpulan Hamas menyifatkan pendirian Amerika Syarikat mengenai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ sebagai “menghina undang-undang antarabangsa dan (menjadi) percubaan Amerika untuk mengganggu proses itu”.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Anthony Blinken berhubung tuntutan mahkamah yang difailkan Afrika Selatan di ICJ terhadap Israel untuk melihat kepada jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza adalah mengabaikan undang-undang antarabangsa dan percubaan Amerika menghalang badan keadilan antarabangsa daripada menjalankan peranan mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >