Agensi antirasuah Indonesia larang penjawat awam minta, terima duit Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agensi antirasuah Indonesia larang penjawat awam minta, terima duit Raya

Mar 19, 2026 | 12:03 PM

Agensi antirasuah Indonesia larang penjawat awam minta, terima duit Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ttimbalan penguatkuasa Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi (KPK), Encik Asep Guntur Rahayu,  mengumumkan pertuduhann terhadap Bupati Cilacap kerana didakwa memeras ugut sebanyak Rp 610 juta  daripada 47 agensi wilayah dan syarikat milik daerah..
Ttimbalan penguatkuasa Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi (KPK), Encik Asep Guntur Rahayu, mengumumkan pertuduhann terhadap Bupati Cilacap kerana didakwa memeras ugut sebanyak Rp 610 juta daripada 47 agensi wilayah dan syarikat milik daerah.. - Foto: KPK

JAKARTA: Suruhanjaya Pemberantasan Rasuah (KPK) Indonesia mengulangi amaran terhadap penerimaan ‘hadiah wang’ Aidilfitri tidak rasmi selepas mengeluarkan surat pekeliling pada Februari.

Surat tersebut memberi amaran kepada ketua-ketua daerah dan pegawai awam agar tidak menerima atau meminta bonus atau Tunjangan Hari Raya (THR) tidak rasmi yang merupakan hadiah haram semasa perayaan Adilfitri.

Amaran itu dikeluarkan selepas badan antirasuah itu menahan dua bupati atas tuduhan pemerasan kerana menerima wang untuk membiayai perbelanjaan percutian mereka.

Syamsul Auliya Rachman, pemangku raja Cilacap di Jawa Tengah, telah diberkas pada 13 Mac kerana didakwa memeras ugut sebanyak Rp 610 juta (S$45,984) daripada 47 agensi wilayah dan syarikat milik daerah.

Beliau kemudian menyalurkan dana haram tersebut kepada anggota Forum Komunikasi Kepimpinan Cilacap (Forkopimda) sebagai pembayaran THR.

Forkopimda merupakan badan khusus untuk sesebuah wilayah dan mengelompokkan kepimpinan tempatan, termasuk anggota badan perundangan wilayah dan penguatkuasaan undang-undang tempatan, serta anggota tentera yang ditempatkan di kawasan mereka.

KPK tidak mendedahkan identiti semua pegawai yang menerima hadiah haram daripada Syamsul, tetapi menyebut Ketua Polis Cilacap, Komisaris Kanan Budi Adhy Buono sebagai salah seorang penerima yang didakwa.

Pada 14 Mac, badan antirasuah itu menamakan Syamsul sebagai suspek bersama Setiausaha Cilacap, Sadmoko Danardono sebagai rakan subahatnya.

“KPK mengingatkan semua kakitangan pemerintah dan penjawat awam agar menegakkan piawaian integriti dan tidak menerima atau meminta hadiah dalam apa jua bentuk menjelang Aidilfitri,” kata timbalan penguatkuasa suruhanjaya itu, Encik Asep Guntur Rahayu, pada 14 Mac, sejurus selepas mengumumkan pertuduhann terhadap bupati Cilacap.

“Syamsul sepatutnya tidak memberi sebarang THR kerana pemerintah telah membayar bonus Rp 55 trilion kepada 10 juta penjawat awam,” ujarnya.

Penyiasat KPK juga telah menahan Pemangku Raja Rejang Lebong, Muhammad Fikri Thobari di Bengkulu kerana didakwa meminta sogokan Rp 980 juta daripada tiga syarikat swasta, yang setiap satunya menguruskan sekurang-kurangnya satu projek infrastruktur, untuk menampung perbelanjaan percutian persendiriannya

Setiausaha agung Transparency International Indonesia (TII), Encik Danang Widoyoko, mendakwa amalan sedemikian mungkin dikaitkan dengan keperluan yang dirasakan pemimpin tempatan untuk mengekalkan hubungan dengan Forkopimda, terutamanya di tengah-tengah kekangan bajet yang melanda wilayah. - Agensi berita

“Apabila projek infrastruktur seperti pembinaan atau pembaikan jalan raya sedang dijalankan, ini mungkin menjana keuntungan” yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengekalkan hubungan dengan Forkopimda,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg