Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agensi cuaca Indo keluar amaran ombak besar setinggi 6 meter di perairan Bali

Jul 9, 2025 | 11:53 AM
Seorang pengunjung pantai melihat ombak besar di pantai Kuta berhampiran Denpasar, pulau Bali di Indonesia.
Seorang pengunjung pantai melihat ombak besar di pantai Kuta berhampiran Denpasar, pulau Bali di Indonesia. - Foto AFP

JAKARTA: Pejabat cawangan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) di Bali mengeluarkan amaran pada 7 Julai mengenai kemungkinan berlakunya ombak berbahaya setinggi sehingga enam meter yang dijangka menjejaskan aktiviti pelayaran di perairan sekitar Pulau Bali dari 8 Julai hingga 11 Julai, lapor Xinhua.

Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Wilayah di Bali, sebuah unit pelaksana teknikal BMKG, memaklumkan bahawa ombak besar boleh berlaku di semua kawasan perairan yang mengelilingi Pulau Bali.

Menurut laporan media setempat, ombak tertinggi iaitu sehingga enam meter, dijangka berlaku di kawasan perairan pantai selatan.

Pusat wilayah itu turut menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan peningkatan kelajuan angin di kawasan berkenaan, yang boleh menghasilkan ombak besar dan menimbulkan risiko serius kepada aktiviti maritim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg