Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara Arab tidak minat bina Gaza jika hanya untuk ‘diratakan’ semula: Blinken

Jan 17, 2024 | 02:02 PM



DAVOS (Switzerland): Negara-negara Arab tidak berminat untuk terlibat dalam pembinaan semula Gaza jika wilayah Palestin akan “diratakan” semula dalam beberapa tahun dan menekankan kepentingan negara Palestin bagi mana-mana penempatan serantau, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken.


Bercakap kepada CNBC dalam temu bual di Davos, Switzerland, pada 16 Januari, beliau berkata terdapat “persamaan baru” di Timur Tengah di mana jiran Arab dan penduduk Islam di Israel bersedia untuk mengintegrasikan Israel ke dalam rantau itu tetapi mereka sama-sama komited kepada laluan pembentukan negara Palestin.


Menurut beliau, kedua-dua negara Arab dan Washington percaya bahawa sehingga isu itu ditangani, Israel mahupun rantau itu tidak akan mempunyai keamanan, kestabilan dan keselamatan.

“Anda perlu menyelesaikan persoalan Palestin,” tegas Encik Blinken sambil berkata: “Negara-negara Arab berkata begini... lihat, kita tidak akan terlibat dalam perniagaan, sebagai contoh, membina semula Gaza hanya untuk meratakannya semula dalam setahun atau lima tahun dan kemudian diminta untuk membinanya semula.”

“Negara-negara seperti Arab Saudi bersedia untuk melakukan perkara-perkara dalam hubungan mereka dengan Israel yang mereka tidak pernah bersedia untuk lakukan sebelum ini. Itu membuka masa depan yang sama sekali berbeza dan masa depan yang lebih terjamin.

“Dari segi keselamatan Israel sendiri, persamaan Arab dan keamanan Palestin adalah cara mencapai keselamatan kekal sebenar,” ujar Encik Blinken.

Bercakap juga di Davos, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud, berkata kerajaannya akan mengiktiraf Israel jika persetujuan menyeluruh dicapai yang merangkumi kenegaraan bagi rakyat Palestin.

Encik Blinken, yang telah melakukan kunjungan ke Timur Tengah seminggu lalu, telah membawa persetujuan asas kepada Israel bahawa jiran-jiran yang kebanyakannya Islam, akan membantu memulihkan Gaza selepas perang dan meneruskan integrasi ekonomi dengan Israel, tetapi hanya jika ia komited untuk akhirnya membenarkan penciptaan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Rundingan yang diketengahkan Amerika mengenai negara Palestin di wilayah yang kini diduduki Israel telah runtuh hampir sedekad lalu. Pemimpin sayap kanan dalam pakatan pemerintah Israel kini menentang kenegaraan Palestin.

Peperangan di Gaza bermula apabila militan Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menahan 240 tebusan. Israel berkata lebih 130 masih dalam tahanan Hamas di Gaza dan 27 yang lain dipercayai telah terbunuh.

Israel bertindak balas terhadap serangan Hamas dengan pengepungan, pengeboman dan pencerobohan darat berterusan ke atas Gaza yang telah memusnahkan wilayah pantai kecil itu dan mengorbankan lebih 24,000 orang, menurut pegawai kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa rakyat Palestin akan mentadbir sendiri Jaluran Gaza selepas perang dengan Israel berakhir.

“Rakyat Palestin tinggal di Gaza dan oleh itu rakyat Palestin akan mentadbirnya pada masa hadapan,” kata beliau dalam satu sidang akhbar pada 15 Januari.

Menurutnya, apabila perang berakhir, tidak akan ada lagi ancaman ketenteraan dari Gaza. Hamas tidak akan dapat memerintah dan berfungsi sebagai pasukan tentera di Jaluran Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >