Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agensi rasuah Indon buka siasatan seleweng kuota haji libatkan mantan menteri agama

Aug 8, 2025 | 3:23 PM
Bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas, di ibu pejabat Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) di Jakarta Selatan untuk menghadiri sesi soal siasatnya pada 7 Ogos 2025.
Bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas, di ibu pejabat Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) di Jakarta Selatan untuk menghadiri sesi soal siasatnya pada 7 Ogos 2025. - Foto Instagram #Yaqut Cholil#

JAKARTA: Suruhanjaya Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia kini sedang menyiasat kes rasuah berkaitan kuota haji melibatkan mantan menteri agama, Yaqut Cholil Qoumas.

Timbalan bahagian Penindakan dan Pelaksanaan KPK, Encik Asep Guntur Rahayu, menyatakan kes itu yang asalnya di peringkat penyelidikan, kini dinaikkan ke status penyiastan selepas badan itu menyoal Encik Yaqut pada 7 Ogos.

“Ini sudah mendekati penyelesaian. Mudah-mudahan dalam waktu yang tidak terlalu lama atau waktu dekat ini kami akan tingkatkan kes ke peringkat penyiasatan,” kata Encik Asep di Gedung Merah Putih KPK, Jakarta Selatan.

Encik Yaqut mengucapkan terima kasih kepada KPK selepas diberi peluang memberi keterangan dalam kes berkenaan.

“Alhamdulillah saya berterima kasih akhirnya saya mendapatkan kesempatan untuk menjelaskan segala hal terutama yang terkait dengan pembahagian kuota tambahan dalam musim haji 2024,” kata Encik Yaqut ketika keluar dari ibu pejabat KPK selepas sesi selama lima jam itu.

Namun, beliau enggan mengulas mengenai adanya perintah dari mantan Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengenai permintaan bagi mendapatkan tambahan kuota haji itu.

Ketika memegang jawatan menteri agama, pemerintah Indonesia melakukan rundingan bagi penambahan kuota haji dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

Kes tersebut timbul selepas laporan dibuat oleh lima kumpulan dan Pakatan Mahasiswa dan Pemuda untuk Keadilan Rakyat (Amalan Rakyat).

Ekorannya sebuah panel dibentuk pada 4 Julai untuk meneliti aduan tersebut.

Panel tersebut menilai Kementerian Agama melakukan pelanggaran dalam pengagihan kuota haji 2024.

Seorang anggota panel, Encik Wisnu Wijaya, menjelaskan bahwa pelanggaran terjadi ketika Kementerian Agama menetapkan kuota sebanyak 221,000 jemaah dan kuota tambahan sebanyak 20,000.


Kementerian Agama kemudian membahagi rata tambahan kuota itu. Masing-masing 10,000 untuk haji biasa dan 10,000 untuk haji khusus.

“Pembahagian tersebut seharusnya adalah 221.720 untuk haji biasa dan 19.280 untuk haji khusus,” kata Encik Wisnu.

Menurut beliau, Kementerian Agama tidak semestinya membahagi kuota tambahan ke dalam dua kategori karena keputusan mengenainya telah dibuat oleh peringkat tinggi sebelum ini.

“Kuota tambahan sebanyak 20,000 sudah termasuk dalam jumlah keseluruhan kuota sebanyak 241,000 jemaah yang telah disepakati Dewan Perwakilan Rakyat dan Kementerian Agama pada 27 November 2023,” ujarnya.

Partai Keadilan Sejahtera mendakwa pengagihan kuota haji tambahan menjadi dua kategori adalah melanggar Undang-Undang Penyelenggaraan Ibadah Haji dan Umrah. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg