Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong kunci penyelesaian krisis politik M’sia

Feb 26, 2020 | 08:10 AM



KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertuan Agong Malaysia kini turut terbabit di tengah-tengah kemelut politik negara itu sejak beberapa hari lepas.



Sultan Abdullah Ri'ayatuddin dijangka bertemu dengan 222 Anggota Parlimen Malaysia sehingga akhir Rabu (26 Februari).



Ini menjadikannya tokoh utama dalam drama politik ini dan kunci kepada penyelesaiannya, lapor The Straits Times.



Beliau akan bertemu dengan setiap penggubal undang-undang itu untuk mengetahui sendiri siapa yang mereka akan namakan sebagai calon perdana menteri, dan sama ada Parlimen harus dibubarkan atau kerajaan baru dibenarkan terbentuk.



Agong berusia 60 tahun itu telah melibatkan Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat dan Peguam Negara Tommy Thomas ke Istana Negara untuk memberi nasihat kepadanya mengenai langkah-langkah undang-undang mengikut Perlembagaan, yang mesti diambil untuk menyelesaikan krisis politik itu.



Pada Isnin (24 Februari), Agong menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan membubarkan Kabinet seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, tetapi pada hari yang sama melantik semula negarawan itu sebagai Perdana Menteri sementara untuk memastikan kestabilan politik.



Tan Sri Thomas berkata pada hari Isnin bahawa tidak ada batasan masa berapa lama Perdana Menteri sementara boleh memimpin negara itu, dan beliau juga dibenarkan untuk melantik ahli Kabinet, lapor laman berita Malaysiakini.



Pakar undang-undang perlembagaan Emeritus Profesor Shad Saleem Faruqi, di tengah-tengah spekulasi mengenai kestabilan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menulis: "Jika sebuah perikatan berpecah atau pengaturan baru diadakan atau ada ketidakpastian tentang siapa, jika ada sesiapa, yang menguasai nombor yang diperlukan di dalam Dewan, peranan Yang di-Pertuan Agong menjadi penting."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >