Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pusat pemindahan kekal bagi mangsa banjir akan diwujudkan segera: Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pusat pemindahan kekal bagi mangsa banjir akan diwujudkan segera: Anwar

66,000 pegawai, anggota pelbagai agensi kerajaan dalam siap siaga tangani banjir
Nov 28, 2023 | 02:07 PM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan membangunkan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di sembilan negeri dengan kos RM5 juta ($1.43 juta) bagi setiap pusat, untuk menaik taraf kemudahan perlindungan bagi mangsa banjir.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata projek rintis itu adalah antara langkah pengurusan bencana banjir yang ditambah baik, berbanding petempatan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika ini.

“Kalau kita hadapi banjir itu setiap tahun maka tidak munasabah dijadikan hanya PPS. Sebab itu kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan segera PPKB.

“Jadi pusat ini mungkin juga boleh jadi pusat aktiviti komuniti (di luar musim banjir), tetapi dengan satu persiapan (hadapi banjir) supaya ia lebih baik,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) sama ada kerajaan ada perancangan dan tindakan untuk menambah baik kemudahan asas PPS di seluruh negara.

Menjawab soalan asal Datuk Shamshulkahar mengenai persediaan kerajaan dalam pengurusan banjir dan musim monsun timur laut, Datuk Anwar berkata sejumlah RM241 juta peruntukan awal telah disalurkan untuk kegunaan 164 daerah di bawah semangat Malaysia Madani.

Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata persiapan prabencana juga ditingkatkan melalui pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti, malah Jabatan Pengairan dan Saliran sudah mengenal pasti 5,648 lokasi panas banjir.

“Kerja penyelenggaraan telah dilakukan, selain mengaktifkan bilik kawalan operasi, pusat ramalan dan amaran banjir yang beroperasi 24 jam.

“Kita juga tempatkan 737 pam bergerak di semua lokasi panas banjir di seluruh negara serta menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kamera web,” ujarnya.

Beliau juga berkata 66,169 pegawai dan anggota pelbagai cabang agensi kerajaan di semua peringkat berada dalam keadaan siap siaga, merangkumi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, dengan sokongan 25,440 unit pelbagai aset.

Datuk Anwar menambah bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah bersedia untuk mengaktifkan 8,481 PPS, dengan kapasiti menempatkan 1.6 juta mangsa di seluruh negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >