Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kerajaan Perpaduan goyah hanya mainan pembangkang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan Perpaduan goyah hanya mainan pembangkang

Nov 27, 2023 | 03:49 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak bimbang dengan dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan goyah, kerana hakikatnya ia hanya sentimen dimainkan pembangkang.


Menurut beliau, keputusan empat Ahli Parlimen (AP) pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran beliau sebelum ini cukup menggambarkan Kerajaan Perpaduan kukuh dan politik stabil.

Beliau turut menegaskan keputusan AP pembangkang beralih sokongan kepadanya baru-baru ini, disebabkan mereka yakin dengan keputusan dan dasar dilaksanakan Kerajaan Perpaduan, selain perkembangan ekonomi yang dikemudi kerajaan pimpinannya.

“Sebab itu (apabila) AP menyeberang, dia kata kita bagi sogokan, (sedangkan) tak ada, saya tak jumpa mereka sebelum mereka buat keputusan dan apabila mereka kata nak jumpa, saya kata buat keputusan dahulu, boleh jumpa.

“(Jadi) mereka buat keputusan kerana tahu dasar kita, dia lihat perkembangan ekonomi dan negara ini, selainnya (adalah mengenai) peruntukan.

“Justeru, jangan bimbang kerana keadaan politik ketika ini adalah stabil. Dalam PN (Perikatan Nasional), apa lagi yang dia tak sebut, kerajaan goyang, ada harapan lagi (nak tumbangkan kerajaan), kalau tak (berkata sebegitu), orang tinggallah parti itu.

“Kalau PAS lain la juga, dia ada walak (janji taat), kalau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tak ada, sebab itu ahli Parlimen (mereka) menyeberang, dia kata (tuduh) kita bagi sogokan, tak ada, saya tak jumpa mereka pun sebelum mereka buat keputusan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada Ahad.


Ia adalah sebahagian inti pati dalam ucapan penggulungan beliau selaku Presiden PKR pada acara dua hari Kongres Nasional PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad, yang diadakan serentak dengan ulang tahun pertama pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.

Datuk Anwar turut mengulangi pendirian bahawa peruntukan AP pembangkang tidak akan disalurkan terus kepada mereka, tetapi menegaskan peruntukan pembangunan bagi negeri ditadbir pembangkang tetap diteruskan.

Susulan desakan AP pembangkang yang mempersoalkan peruntukan buat mereka, Datuk Anwar menjelaskan peruntukan itu tidak sepatutnya diberikan kepada pemimpin yang mencerca, memaki dan menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan.

“Dikatakan kita menafikan hal wakil rakyat, elaun wakil rakyat kita tidak pernah singgung... saya sebut di Parlimen, peruntukan di kawasan PAS dan Bersatu kita teruskan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >