Topik diikuti
Pergi ke BHkuAhmadinejad disenarai pemimpin sementara Iran dalam pelan perang AS-Israel
Ahmadinejad disenarai pemimpin sementara Iran dalam pelan perang AS-Israel
Lokasi terkini tidak diketahui selepas cedera dalam serangan Israel
May 20, 2026 | 12:37 PM
Ahmadinejad disenarai pemimpin sementara Iran dalam pelan perang AS-Israel
Encik Mahmoud Ahmadinejad pernah menuduh pegawai kanan Iran terlibat dalam rasuah dan dikenali sebagai pengkritik pemerintah di Teheran. - Foto fail
WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pada awal peperangan terhadap Iran, terdapat perbincangan untuk mengubah struktur politik negara itu dengan melibatkan mantan Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, sebagai sebahagian daripada rancangan kepimpinan pascakonflik.
Sebagai langkah awal, operasi udara Israel dikatakan menumpukan pada kawasan berhampiran kediaman Encik Ahmadinejad di Teheran, bukan untuk merosakkan rumahnya secara langsung, sebaliknya untuk mengganggu pengawal dan sistem keselamatan sekeliling beliau.
Laporan berkaitan
Trump tangguh serang Iran selepas diminta Qatar, Arab Saudi, UAEMay 19, 2026 | 11:39 AM
Laporan: Saudi, UAE bangkit balas serangan Iran dalam diamMay 13, 2026 | 2:42 PM
