Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahok kembali sebagai gabenor Jakarta, buat sementara...

Apr 17, 2017 | 01:41 PM



SEMALAM (16 Apr) merupakan hari pertama Encik Basuki "Ahok" Tjahaja Purnama kembali bertugas sebagai Gabenor Jakarta.



Namun, tempoh 'Ahok' menyandang jawatan sebagai gabenor mungkin tidak lama memandangkan pihak pendakwa raya, bagi kes menghina Al-Quran yang dihadapi gabenor itu, akan meneruskan dengan membaca tuntutan mereka pada 20 April ini, sehari selepas pilihan raya pemilihan gabenor dijalankan.



Sekiranya pihak pendakwa memutuskan untuk mendakwa 'Ahok' atas kesalahan menghina agama menurut Artikel 156a Kanun Jenayah Indonesia, yang membawa kepada hukuman penjara maksimum selama lima tahun, 'Ahok' akan dipecat untuk satu jangka masa sehinggalah mahkamah mencapai satu keputusan, seperti yang dimandatkan di bawah undang-undang pentadbiran serantau 2014.



"Oleh kerana Artikel 156a membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, undang-undang akan memerlukannya untuk dipecat buat sementara daripada jawatannya," kata Encik Chudry Sitompul, seorang pakar undang-undang dari Universiti Indonesia, yang ditukil akhbar The Jakarta Post, yang disiarkan hari ini.



Bagaimanapun, Ahok masih boleh memegang jawatannya jika beliau didakwa di bawah Artikel 156, yang hanya membawa hukuman penjara maksima empat tahun, kata Encik Chudry.



Sekiranya Ahok dipecat, beliau akan memikul tugas sebagai Gabenor Jakarta untuk sekurang-kurangnya enam bulan lagi, sekalipun beliau tewas dalam pemilihan kali ini kepada pesaingnya, Encik Anies Baswedan.



Kes menghina Al-Quran yang dihadapi 'Ahok' kelihatan menjejas keupayaan gabenor itu untuk mempertahankan jawatannya.



Beberapa tinjauan yang dijalankan dan diumumkan sejak beberapa hari lalu bagi pilihan raya gabenor yang akan berlangsung lusa, menunjukkan persaingan 'Ahok'-Anies Baswedan berlangsung dengan begitu sengit sekali.



Namun begitu, empat daripada lima tinjauan yang disiarkan minggu lalu menunjukkan Anies Baswedan mendahului - biarpun dengan kelebihan sangat tipis, dengan tinjauan oleh Indikator Politik Indonesia menunjukkan jurang 0.8 peratus.



Satu-satunya tinjauan yang menunjukkan 'Ahok' mendahului pemilihan ini diumumkan oleh Charta Politika Indonesia.



Menurut tinjauan itu, Ahok mempunyai keupayaan dipilih pada kadar 47.3 peratus, berbanding 44.8 peratus yang diterima Anies.



Tinjauan itu, yang melibatkan 782 responden rentas Jakarta dari 7 hingga 12 April, menunjukkan sedang kemampuan Ahok-Djarot dipilih telah merosot dari November 2016 hingga Januari, ia meningkat semula dari Februari hingga April ini.



Semalam, Ahok meluangkan hari pertama sebagai gabenor dengan menhadiri sesi perbincangan untuk merancakkan semula kawasan Kota Tua di Jakarta Barat, yang merupakan salah satu projek utamanya sebagai gabenor. - The Jakarta Post




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >