Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Air terusan Venice berubah warna jadi hijau

May 30, 2023 | 08:11 PM



ROME: Transformasi menakjubkan di perairan terusan Venice berwarna kehijauan, apabila bahan non-toksik digunakan bagi menguji hamparan perairan di terusan itu, kata pihak berkuasa tempatan pada Isnin lalu.


Para penduduk mendapati hamparan terusan Venice berubah menjadi kehijauan pada hari Ahad, dan polis langsung menjalankan siasatan sekalipun ada yang mengatakan ia mungkin satu kejutan yang dilakukan oleh pakar-pakar alam sekitar.

Analisis menunjukkan “bahan fluorescein dari perairan itu telah diambil,” kata Agensi Tempatan bagi Perlindungan dan Pencegahan Alam Sekitar di Veneto.

Hasil analisis itu “tidak menunjukkan adanya sebarang elemen toksik,” menurut kenyataan yang dikeluarkan, tanpa menyebutkan dari mana asalnya larutan tersebut.

Ini juga bukan pertama kalinya perairan terusan Venice itu berubah menjadi kehijauan.

Pada 1968, seorang pelukis Argentina, Nicolas Garcia Uriburu, mewarnakan air di terusan itu dengan larutan fluorescent, semasa perayaan Venice Biennale ke-34, dalam aksi kejutannya bagi mempromosi kesedaran ekologi. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >