Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aktivis Israel berkonvoi cuba hantar bantuan ke Gaza

Mar 8, 2024 | 3:58 PM
Sebuah konvoi 30 kenderaan yang dipandu aktivis Israel daripada gerakan, ‘Standing Together’, berkumpul di bandar Ashkelon berhampiran sempadan Gaza sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin. Mereka diperintah berpatah balik oleh polis Israel.
Sebuah konvoi 30 kenderaan yang dipandu aktivis Israel daripada gerakan, ‘Standing Together’, berkumpul di bandar Ashkelon berhampiran sempadan Gaza sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin. Mereka diperintah berpatah balik oleh polis Israel. - Foto AFP

ASHKELON (Israel): Sambil membawa bantuan makanan dan memakai kemeja-T tertera slogan, ‘Jangan Buat Gaza Kebuluran!’, berpuluh-puluh aktivis Israel memandu ke arah sempadan wilayah yang dikepung itu pada 7 Mac untuk menyokong rakyat Palestin.

Konvoi 30 kenderaan itu sampai dalam jarak tiga kilometer dari lintasan sempadan Kerem Shalom sebelum polis memerintahkan mereka berpatah balik.

Penganjurnya, gerakan, ‘Stand Together’, menjangka tindakan polis itu, dan mereka mengakui konvoi tersebut adalah satu lambang simbolik dalam sebuah masyarakat yang mana tumpuan mereka terhadap nasib rakyat Palestin menjadikan mereka golongan minoriti.

Matlamatnya ialah menonjolkan “sebuah suara yang berbeza” dan menunjukkan “ada dalam kalangan masyarakat kita yang berasa apa yang berlaku di Gaza tidak boleh diterima”, kata Encik Nadav Shofet, seorang anggota, ‘Stand Together’.

Peserta konvoi itu juga mengikat reben kuning pada cermin sisi kenderaan mereka, sebagai simbol kempen membawa pulang tebusan Israel yang ditawan Hamas dalam serangan pada 7 Oktober. 

“Perjuangan kita menentang Hamas adalah wajar,” kata seorang pakar terapi pertuturan, Cik Orly Shay Keslassy, yang menyertai konvoi itu.

“Tetapi kita tidak boleh mengabaikan bahawa terdapat berjuta-juta orang yang tidak bersalah di Gaza.

“Saya tidak boleh hidup sebagai orang Israel sambil mengetahui bahawa pemerintah saya dan beberapa orang di Israel tidak mahu orang di Gaza mempunyai makanan yang mencukupi.” – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg