Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aliran lahar di Iceland perlahan selepas letusan keempat sejak Disember

Mar 18, 2024 | 12:28 PM



REYKJAVIK (Iceland): Lahar panas menggelegak mengalir dari sebuah gunung berapi di barat daya Iceland yang menerangi langit malam pada 16 Mac, tetapi menjadi perlahan esoknya.


Kejadian alam itu tidak menimbulkan sebarang ancaman kerana halangan buatan manusia telah berjaya mengalihkan aliran lahar jauh dari prasarana utama, termasuk sebuah pekan nelayan, berhampiran.

Letusan itu – yang keempat sejak Disember – bermula pada petang 16 Mac dan menyaksikan pancutan batu cair menjulang dari rekahan gunung sekitar 3 kilometer panjang.

Saiz dan tempat rekahan itu lebih kurang sama seperti semasa letusan terakhir pada Februari.

“Letusan itu agak bertenaga, dan terdapat banyak bahan yang keluar, lebih banyak daripada letusan sebelumnya. Jadi lahar mengalir agak laju,” ujar Profesor Madya Halldor Geirsson daripada Institut Sains Bumi di Universiti Iceland kepada Reuters.


Pihak berkuasa telah memberi amaran selama berminggu-minggu bahawa letusan akan berlaku di semenanjung Reykjanes di selatan ibu kota Iceland, Reykjavik, kerana magma telah terkumpul di bawah tanah.

Video penstriman langsung pada awal 17 Mac menunjukkan lahar mengalir hanya beberapa ratus meter dari Grindavik, sebuah pekan nelayan yang mempunyai kira-kira 4,000 penduduk.

Mereka telah dipindahkan semasa letusan pada November dan sekali lagi semasa letusan terakhir pada Februari.

Beberapa penduduk yang telah pulang ke rumah mereka telah dipindahkan lagi pada 16 Mac, lapor penyiar awam RUV.


“Kadar aliran lahar semakin rendah,” kata Profesor Geirsson.

“Kebanyakan aliran mengalir ke timur bandar ke arah laut, jadi nampaknya penghalang itu berkesan.”

Lapangan Terbang Keflavik dan lapangan terbang daerah di Iceland tidak terjejas dan kekal beroperasi sepenuhnya.

Spa geoterma Blue Lagoon yang berdekatan, yang merupakan salah satu tarikan pelancong utama Iceland, ditutup seperti semasa letusan sebelumnya.

Letusan Februari menyebabkan bekalan pemanasan kepada lebih 20,000 orang terputus kerana aliran lahar memusnahkan jalan dan saluran paip. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >