Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ambulans jadi klinik bergerak dek jalan ke hospital Gaza diadang

Feb 2, 2024 | 11:04 AM
Selain mengangkut pesakit, ambulans juga kini dijadikan sebagai klinik bergerak kerana jalan raya menuju hospital di Khan Younis teradang dek pertempuran yang berlaku.
Selain mengangkut pesakit, ambulans juga kini dijadikan sebagai klinik bergerak kerana jalan raya menuju hospital di Khan Younis teradang dek pertempuran yang berlaku. - Foto REUTERS

KHAN YOUNIS: Ambulans meninggalkan pangkalan mereka di Hospital Nasser di Khan Younis seminggu lalu berbekalkan pembalut luka, ubat-ubatan dan keperluan asas lain bagi merawat mereka yang cedera akibat perang.

Fungsi ambulans tidak lagi sekadar membawa mangsa ke hospital tetapi kini dijadikan klinik bergerak kerana jalan-jalan menunju ke hospital teradang dek pertempuran yang masih berlaku di Gaza.

Kawasan bandar – tempat Hospital Nasser terletak – menjadi medan pertempuran sengit antara tentera Israel dengan Hamas, menjadikannya terlalu berbahaya untuk pesakit atau ambulans menuju ke sana.

“Kini ambulans juga berfungsi sebagai klinik bergerak di Khan Younis,” kata pegawai perubatan, Encik Nassim Hassan, yang mengetuai unit kecemasan di Hospital Nasser.

Ini bermakna para pegawai perubatan merawat pesakit yang tiba dengan cara mereka sendiri atau mengumpulkan mangsa yang cedera, termasuk di lokasi yang sangat dekat dengan barisan pertempuran, kemudian membawa mereka ke khemah dengan kemudahan perubatan asas.

“Terdapat banyak kes-kes kecederaan dalam kalangan pelarian yang berada di kawasan perindustrian dan beberapa sekolah. Ramai daripada mereka yang cedera dibawa menaiki kereta, tuk-tuk, kereta atau berjalan kaki,” tambahnya yang telah bertugas di klinik bergerak itu sejak seminggu lalu.

Pertempuran kini telah bergerak ke selatan dan ke tengah-tengah bandar, menyebabkan gelombang baru perpindahan penduduk ke arah Rafah, di sempadan selatan Gaza dengan Mesir.

Tanpa prospek segera untuk mendapatkan bekalan baru, Encik Hassan bimbang tentang kehabisan barang keperluan rawatan.

Di salah satu khemah perubatan tempat ambulans pegawai perubatan, Encik Ibrahim Abu al-Kass melakukan yang terbaik untuk menangani pelbagai jenis kecederaan dan penyakit dengan hanya peralatan asas. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg