Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika gesa rakyatnya dapatkan suntikan penggalak Covid-19

Aug 21, 2023 | 03:17 PM



WASHINGTON: Pentadbiran Joe Biden merancang untuk menggesa semua rakyat Amerika Syarikat mendapatkan suntikan penggalak bagi koronavirus bagi mengatasi gelombang jangkitan baru, kata seorang pegawai Rumah Putih pada Ahad.


Pegawai itu berkata, walaupun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan peningkatan bilangan jangkitan dan kemasukan pesakit ke hospital akibat virus itu, tahap keseluruhan kekal rendah.

Pada Khamis lalu, Moderna berkata data awal menunjukkan vaksin Covid-19 yang dikemas kini, berkesan digunakan terhadap subvarian “Eris” dan “Fornax” pada manusia.

Moderna dan pembuat vaksin Covid-19 lain, Novavax, Pfizer dan rakan kongsi Jerman BioNTech SE telah mencipta versi suntikan mereka yang bertujuan untuk mengatasi subvarian XBB.1.5.

Sementara menunggu kelulusan daripada pengawal selia kesihatan di Amerika Syarikat dan Eropah, syarikat itu menjangkakan ubat suntikan yang dikemas kini itu akan tersedia dalam beberapa minggu akan datang.

“Kami akan menggalakkan semua rakyat Amerika untuk mendapatkan suntikan penggalak itu, sebagai tambahan kepada suntikan selesema dan suntikan RSV,” kata pegawai itu, merujuk kepada Respiratory Syncytial Virus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) sedang memantau dengan teliti varian baru Covid-19, walaupun potensi kesan BA.2.86 itu belum diketahui pada masa ini.

WHO mengklasifikasikan varian baru itu sebagai satu di bawah pengawasan disebabkan bilangan besar (lebih daripada 30) mutasi gen yang dibawanya.

Strain itu pertama kali dikesan di Denmark pada 24 Julai lalu dan turut ditemui di negara itu pada 31 Julai, hari yang sama ia ditemui di Israel. Satu kes turut dikesan di AS awal bulan ini.

Pada Sabtu, turut dilaporkan varian koronavirus baru dengan bilangan mutasi yang tinggi dikesan di Britain. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >