Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vaksin Covid-19 Moderna yang dikemas kini berkesan cegah varian Eris

Aug 18, 2023 | 03:37 PM



BENGALURU: Pengeluar vaksin Moderna (MRNA.O) berkata pada Khamis bahawa data kajian awal menunjukkan vaksin Covid-19 yang dikemas kini berkesan terhadap subvarian ‘Eris’ dan ‘Fornax’ pada manusia.


Syarikat itu menjangkakan vaksin yang kini masih menunggu kelulusan daripada pengawal selia kesihatan di Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain, akan diedarkan dalam masa beberapa minggu akan datang.

Moderna dan pembuat vaksin Covid-19 lain Novavax (NVAX.O), Pfizer (PFE.N) dan rakan kongsi Jerman BioNTech SE (22UAy.DE) telah mencipta versi ubat suntikan yang disasarkan kepada subvarian XBB.1.5.

Terdahulu, Pfizer melaporkan bahawa vaksin keluarannya yang juga telah dikemas kini dan dibangunkan bersama BioNTech, mampu meneutralkan subvarian Eris dalam kajian yang dijalankan ke atas tikus.

Eris, nama lain bagi EG.5, adalah serupa dengan subvarian XBB.1.5 dan varian Omicron yang masih dominan.

EG.5 menyumbang lebih 17 peratus daripada kes Covid-19 di Amerika, menurut data terkini yang dikeluarkan pemerintah.

Jangkitan virus Fornax, secara rasmi dikenali sebagai FL 1.5.1, juga semakin meningkat.

Kemasukan ke hospital berkaitan Covid-19 di Amerika meningkat lebih 40 peratus mulai Jun, tetapi masih lebih daripada 90 peratus di bawah paras puncak semasa wabak Omicron melanda pada Januari 2022.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan EG.5 sebagai ‘varian berkepentingan’, yang menunjukkan bahawa ia harus diperhatikan dengan lebih teliti daripada yang lain kerana mutasinya mungkin boleh menyebabkannya mudah menular atau lebih teruk.

Sebelum ini, WHO menyatakan bahawa setakat ini, varian itu belum memberi ancaman serius kepada kesihatan awam dan tiada bukti yang menunjukkan peningkatan kes serius secara langsung disebabkan oleh EG.5.

Hingga 8 Ogos lalu, WHO telah merekodkan kehadiran EG.5 di lebih 50 negara dan varian itu telah menjadi subvarian paling banyak dan cepat merebak di Amerika.

Ia dianggarkan menyumbang kira-kira 17 peratus daripada kes Covid-19 di negara tersebut.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika menunjukkan peningkatan lebih 40 peratus jumlah pesakit dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 berbanding Jun sebelumnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >