Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika peruntuk dana tingkatkan vaksin Covid-19, pembangunan terapi

Aug 23, 2023 | 01:16 PM



WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat mengumumkan peruntukan sejumlah AS$1.4 bilion ($1.89 bilion) bagi membiayai pembangunan terapi dan vaksin baru dalam usaha mengekang penularan Covid-19 bagi perlindungan lebih baik terhadap varian sedia ada dan akan datang.


Pengumuman itu dibuat termasuk pemberian kontrak bernilai AS$326 juta kepada syarikat Regeneron Pharmaceuticals yang terlibat dalam pembangunan terapi antibodi generasi akan datang sebagai langkah pencegahan jangkitan.

Pemberian dana kepada Regeneron merupakan sebahagian daripada daya usaha bernilai AS$5 bilion yang dikenali sebagai ‘Projek NextGen’ oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika (HHS).

Program ‘Project NextGen’ itu akan membolehkan pemerintah bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menyegerakan pembangunan vaksin dan terapi.

Usaha baru itu akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat iaitu mewujudkan antibodi monoklonal yang tahan lama susulan virus yang berkembang menyebabkan banyak rawatan sedia ada yang tidak lagi berkesan.

Kedua, mempercepat pembangunan vaksin yang menghasilkan imuniti mukosa yang mampu mengurangkan risiko penularan dan jangkitan.

Yang ketiga, menyegerakan usaha membangunkan vaksin pan-koronavirus untuk melindungi daripada jangkitan varian baru SARS-CoV-2, serta koronavirus lain, petik laporan The Washington Post.


Terdahulu Penyelaras Covid-19 Rumah Putih, Encik Ashish Jha, berkata: “Pasaran untuk tujuan itu jelas bergerak sangat perlahan. Banyak yang boleh dilakukan oleh pemerintah dan pentadbiran untuk mempercepat usaha itu untuk rakyat Amerika.”

Encik Jha berkata pelaburan dalam vaksin Covid-19 generasi akan datang boleh memberi kesan baik untuk keseluruhan sistem kesihatan dan keupayaan untuk membangunkan vaksin yang menjana imuniti mukosa akan memberi manfaat besar untuk patogen pernafasan lain yang dihadapi sepanjang masa seperti selesema dan jangkitan virus sinsitium pernafasan (RSV).

Sebelum ini, Regeneron telah membangunkan terapi antibodi monoklonal untuk merawat Covid-19, yang telah mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika (FDA) pada November 2020, tetapi penggunaannya telah dihadkan pada awal tahun lepas setelah didapati tidak berkesan melawan varian Omicron.

Antibodi monoklonal merupakan sejenis protein melekat pada pepaku protein koronavirus dan mampu mengurangkan keupayaan virus itu menceroboh sel badan. Rawatannya membabitkan gabungan dua jenis ubatan suntikan

Selain daripada itu, peruntukan dana ini turut merangkumi AS$1 bilion untuk melaksanakan empat ujian klinikal peringkat pertengahan bagi vaksin baru untuk Covid-19.

Tambahan pula, sejumlah AS$100 juta telah diperuntukkan kepada Global Health Investment Corp – sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang melabur dalam teknologi baru untuk mempercepatkan tindak balas terhadap penyakit.

Melalui langkah-langkah ini, Amerika berusaha untuk terus memperkukuh usaha dalam memerangi penularan virus Covid-19 dan membangunkan terapi serta vaksin baru sebagai tindak balas terhadap perkembangan jangkitan dan varian baru.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini juga mengeluarkan amaran, kesilapan dalam strategi menangani Covid-19 bakal mewujudkan ruang untuk varian baru berbahaya muncul. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >