Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Amirudin giat berkempen, yakin PH kian dapat sokongan rakyat Selangor

Aug 09, 2023 | 05:00 AM



Walaupun tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) selama 14 hari dilihat singkat, calon Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memanfaatkan segenap masa untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Selangor.

Sebagai Menteri Besar sementara sehingga detik 11.59 malam 11 Ogos 2023, jadual hariannya bukan sahaja fokus kepada kempen, bahkan masih menguruskan hal pentadbiran negeri paling maju di Malaysia itu.

Cuaca tidak menentu yang kadangkala hujan sepanjang tempoh berkempen di Selangor tidak merencatkan jadual kempen beliau dan setiap temu rakyat, walkabout serta ceramah disertainya sentiasa penuh dengan kehadiran penyokong.


Semasa pertemuan dengan beliau di sesi bertemu pengundi di sekitar DUN Sungai Tua dalam cuaca hujan, katanya penat lelah berkempen bagai tidak terasa apabila melihat sokongan dan sambutan orang ramai yang turun padang di setiap kempen ceramahnya.

“Alhamdulillah, berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya ke garisan penamat iaitu hari pengundian, saya lihat sokongan rakyat menyebelahi PH dan sebab itu saya cuba mendekati seramai mungkin pengundi di DUN Sungai Tua.

“Saya perlu sampaikan kebenaran dan menjawab secara terus segala fitnah serta tuduhan tidak berasas daripada parti lawan dan kongsikan aspirasi saya untuk ‘Kita Selangor’,” katanya kepada Berita Harian pada Selasa.


Berdepan saingan tiga penjuru iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Encik Muhammad Hanif Jamaluddin, dan seorang lagi pencabar, Encik Suman Gopal yang bertanding atas tiket Bebas, Datuk Amirudin yakin rakyat dapat membuat penilaian terbaik atas prestasinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau, yang menjadi Ahli DUN Sungai Tua sejak 2008, berkata daripada maklumat yang diterima daripada lapangan dan tinjauan dilakukan pelbagai pihak setakat ini, PH jauh ke hadapan meninggalkan PN untuk memenangi PRN Selangor.

“Saya bukan angkuh kata PH boleh menang, tetapi ini hasil tinjauan dan kecenderungan pengundi yang dilakukan banyak pihak. Berdasarkan itu saya yakin PH menuju kemenangan, malah majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Pada pagi Selasa, Datuk Aminuddin turut meninjau proses pengundian awal khusus untuk anggota keselamatan bagi PRN di pusat mengundi awal DUN Sungai Tua di Depoh Bekalan Tentera Kor Perkhidmatan Diraja, Jalan Kuching, Selangor.

Seramai 93 anggota tentera menunaikan tanggungjawab mengundi di pusat mengundi awal berkenaan.

Turut turun meninjau pusat mengundi awal berkenaan ialah calon Perikatan Nasional (PN), Encik Muhammad Hanif Jamaluddin, yang tiba kira-kira 9.15 pagi.

Datuk Amirudin berkata proses pengundian itu berjalan lancar dan beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan baik. Wakil saya turut meninjau keadaan di pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah dan semuanya lancar.

“Saya harap peratusan keluar mengundi pada hari pengundian Sabtu ini (12 Ogos) adalah tinggi,” katanya.

Pada sesi sidang media khas bagi menjawab serangan pihak lawan, Datuk Amirudin menyelar gerak kempen PN yang disifatkannya penuh dengan fitnah, adu domba dan tuduhan palsu untuk menarik sokongan rakyat pada PRN kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >